Maut melambung dua kali

Maut melambung dua kali

ALOR GAJAH – Seorang warga emas maut selepas motosikal yang dia tunggang hilang kawalan dan terbabas di laluan bertentangan di Jalan Bukit Balai, Durian Tunggal di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu, mangsa, Yusup Kasim, 66, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Dash dalam perjalanan dari arah Pekan Durian Tunggal menghala ke Gangsa.

“Setiba di lokasi, motosikal yang mangsa tunggang hilang kawalan dan telah masuk ke laluan bertentangan lalu bergesel dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.

“Kemudian mangsa telah merempuh sebuah Perodua Myvi yang berada di belakang Alza berkenaan, menyebabkannya tercampak masuk semula ke laluan menghala ke Gangsa,”katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ujarnya, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal di lokasi oleh pegawai perubatan.

Mengulas lanjut beliau berkata, mangsa merupakan seorang pesara Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), manakala pemandu Alza dan Myvi terlibat masing-masing adalah guru sekolah rendah.

“Nahas berlaku di laluan berselekoh, curam dan keadaan jalan basah susulan hujan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. K Online

Maut melambung dua kali

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beberapa pihak cepat melompat macam kera suka seolah-olah kami gagal – TMJ

Caprice kata ‘kamu ingat Kerajaan Malaysia macam spender’

Hairul Azreen berhenti berlakon

Gugurnya Air Mata Khai Bahar

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker