Jangan ingat sudah popular boleh perlekeh sesiapa saja

Jangan ingat sudah popular boleh perlekeh sesiapa saja

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini menggesa semua ahli politik berhenti daripada amalan mencaci dan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Sebaliknya, titah baginda, tumpuan perlu diberikan kepada usaha memajukan kehidupan rakyat dan memakmurkan negara.



Menurut Sultan Sharafuddin tindakan ahli politik yang menggunakan kata-kata kesat lagi biadab menunjukkan ketika ini perasaan hormat mereka kepada institusi diraja semakin terhakis.

“Sikap biadab mereka ini telah melangkaui batas-batas dan nilai keperibadian orang Islam dan Melayu yang sering dipelihara.

“Ingatlah – jangan kerana kita menyangka bahawa kita cukup popular di kalangan rakyat sehingga bertindak memperlekehkan sesiapa yang tidak sehaluan dengan fahaman politik masing-masing, malah sanggup pula hadir ke negeri Selangor dengan melemparkan cacian melampaui batas.

“Ke mana hilangnya budi bahasa? Ini bukan budaya kita khususnya orang Melayu untuk menghina sesiapa pun khususnya di khalayak ramai,” titah baginda.



Sultan Sharafuddin bertitah demikian pada majlis mengangkat sumpah jawatan menteri besar Selangor dan anggota exco kerajaan negeri di Istana Alam Shah, Kelang hari ini.

Adun Sungai Tua, Amirudin Shari, hari ini diperkenankan oleh Sultan Sharafuddin untuk dilantik semula sebagai menteri besar Selangor buat penggal kedua.

“Peliharalah adab dan susila kita, apatah lagi apabila kita bertandang ke negeri atau rumah orang,” titah Sultan Sharafuddin lagi.

Pada 18 Julai lalu Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas satu pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung pelantikan Amirudin. Mk



Jangan ingat sudah popular boleh perlekeh sesiapa saja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beberapa pihak cepat melompat macam kera suka seolah-olah kami gagal – TMJ



Caprice kata ‘kamu ingat Kerajaan Malaysia macam spender’

Hairul Azreen berhenti berlakon



Gugurnya Air Mata Khai Bahar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker