Kotak perakam suara kokpit hangus

Kotak perakam suara kokpit hangus

Biro Keselamatan Kemalangan Udara (BSKU) berdepan kesukaran mendapatkan data dari kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu, selepas disahkan hangus terbakar.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, pihak berkuasa itu bagaimanapun berhasil membuka CVR terbabit dan berjaya mengeluarkan komponen ‘memory puck’ yang mengandungi data rakaman suara dalam pesawat terbabit.



Katanya, CVR bersama komponen itu sudah dihantar ke makmal Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan di Singapura untuk mendapatkan rakaman suara 30 minit terakhir dalam kokpit pesawat berkenaan.

“Apabila (CVR) dihantar ke makmal BSKU, (mereka) mendapati CVR terbabit rosak teruk di bahagian luar dan selepas itu kita mendapat tawaran bantuan teknikal dari pihak Singapura.

“Pakar mereka datang ke Malaysia pada Jumaat lalu dan keesokannya berjaya membuka CVR serta mengeluarkan komponen ‘memory puck.’

“Komponen ‘memory puck’ itu didapati masih dalam keadaan baik, namun oleh kerana kita tidak ada peralatan untuk mendapatkan data dalam ‘memory puck’ itu, ia dihantar ke Singapura semalam,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan nahas pesawat berkenaan, di sini, hari ini.



Loke berkata, ketika ini pegawai BSKU yang mengetuai siasatan nahas terbabit, Brigadier Jeneral Tan Chee Kee dari Tentera Udara Diraja Malaysia masih berada di Singapura bersama pakar lain untuk mendapatkan data rakaman suara itu.

Katanya, disebabkan keadaan CVR tidak sempurna, pihaknya tidak boleh memberikan jangka masa tepat mengenai bila data itu akan diperoleh kerana ada isu teknikal perlu diatasi oleh pakar siasatan.

“Memang kita sedang cuba mendapatkan data terbabit. ‘Memory puck’ sudah dikeluarkan dan kita perlu mendapatkan data berkenaan, setakat ni kita masih mencuba di makmal di Singapura.

“Jadi saya berharap semua pihak memberikan sedikit masa kepada pakar kita untuk mendapatkan (data) rakaman (suara dalam kokpit) terbabit,” katanya.



Ditanya aspek lain yang disiasat BSKU, Loke berkata, pasukan penyiasat terbabit akan melengkapkan laporan awal yang dijangka dikeluarkan dalam tempoh sebulan.

“Siasatan juga akan dibantu beberapa pihak lain termasuk Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat (AS).

“NTSB terbabit dalam siasatan ini kerana pesawat terbabit adalah buatan AS, malah pendaftarannya juga di bawah AS.

“Jadi mengikut Annex 13 – Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (ICAO Annex 13), pengeluar pesawat itu perlu terbabit dalam membantu siasatan,” katanya.



Dalam kejadian 2.50 petang, Khamis lalu, 10 lelaki disahkan maut selepas pesawat terbabit terhempas di Elmina.

Lapan yang maut adalah penumpang dan dua kru pesawat manakala dua lagi ialah pemandu kereta dan penunggang motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat terhempas.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai Datuk Seri Johari Harun antara individu yang disahkan terkorban dalam nahas itu. HM

Kotak perakam suara kokpit hangus



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beberapa pihak cepat melompat macam kera suka seolah-olah kami gagal – TMJ



Caprice kata ‘kamu ingat Kerajaan Malaysia macam spender’

Hairul Azreen berhenti berlakon

Gugurnya Air Mata Khai Bahar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker