Amirudin maklumkan Istana akan umum MB Selangor yang baharu

 

Pengumuman mengenai pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu akan dibuat oleh pihak istana, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri itu Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata sesi menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berlangsung petang ini adalah bagi memaklumkan perkembangan semasa negeri itu.



“Saya menghadap Tuanku seperti biasa, tanya khabar dan merancang beberapa perkara… Hal biasa mengenai perkembangan negeri, pencapaian ekonomi dan kesihatan Tuanku,” katanya kepada pemberita di hadapan Istana Bukit Kayangan di Shah Alam hari ini.

Ditanya sama ada sesi yang berlangsung selama sejam itu turut membincangkan isu pelantikan Menteri Besar baharu, Amirudin berkata tidak semua perkara boleh didedahkan.

Mengulas senarai nama calon Menteri Besar Selangor pula, beliau berkata perkara tersebut boleh ditanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia dihantar oleh pemimpin itu.

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor pada Sabtu lepas menyaksikan gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) menguasai 34 kerusi manakala Perikatan Nasional mendapat 22 kerusi.



Sebelum ini, Anwar menamakan Amirudin sebagai calon Menteri Besar Selangor sekiranya gabungan PH-BN memenangi PRN itu.

– Bernama

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam



Apa sudah jadi BCL?

Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff



Diana Danielle dapat pengganti?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker