Kami berhutang nyawa dengan Siti Nurhaliza
Kami berhutang nyawa dengan Siti Nurhaliza
Seorang lelaki mendedahkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah membantu membiayai kos pembedahan jantung arwah anaknya pada tahun 2012 lalu.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu yang dikenali sebagai Adiey Salleh berkata, dia dan isteri menemui jalan buntu apabila anak mereka perlu dibedah segera akibat mengalami masalah jantung berlubang.
Pasangan itu kemudian mengambil keputusan untuk mengeluarkan simpanan mereka dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung kos pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN).
“Kisah di IJN pada 20 Jun 2012, anak saya perlu menjalankan pembedahan jantung berlubang. Saya di dalam bilik tafsiran bersama isteri, tak ada pilihan nak kena keluarkan KWSP sebab kos,” katanya.
Bercerita lanjut, lelaki itu memberitahu, dengan izin Allah wakil daripada Simply Siti datang menawarkan bantuan untuk menanggung keseluruhan kos pembedahan anaknya.
“Tiba-tiba wakil Simply Siti datang terus menawarkan bantuan kewangan untuk kos pembedahan. Berderai air mata jantan saya,” kongsinya.
Difahamkan kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia selepas tiga bulan selesai menjalani pembedahan.
Namun, sebagai seorang bapa, Adiey tetap bersyukur dan berterima kasih kepada Siti Nurhaliza kerana kesudian membantu keluarganya.
“Anak saya sudah tiada, tetapi dia sempat berlari dan beraya. Tiga bulan dia ada bersama kami.
“Demi Allah perkara ini benar, terima kasih Siti. Aku kenang sepanjang hayat, hanya Allah mampu membalasnya.
“Kami sekeluarga pernah berhutang nyawa dan budi daripada Siti. Sehabis hayat saya akan kenang dan bersyukur. Saya doakan Siti Nurhaliza terus diberkati Allah,” katanya. K Online
Kami berhutang nyawa dengan Siti Nurhaliza
Baca Artikel Menarik:
- Kenapa serang Zahid sahaja?
- Permohonan injunksi Sulaiman terhadap Raghad ditetapkan 4 September depan
- Kerjasama PH-BN bukan punca utama pengundi pilih PN
- Peguam Negara fail rayuan, tiga tuduhan pengubahan wang haram Muhyiddin kekal
- Minta bantuan wakil rakyat yang dipilih bukan yang kalah
- Kena belasah sebab berkawan dengan awek orang
- Ditegur minum arak, anak perempuan mabuk bunuh bapa
- Puteri Lily buka mulut akhirnya
- SPRM mohon Notis Merah jejaki menantu Muhyiddin – KPN
- Sugar baby bukti kebejatan akhlak mahasiswa
- Kertas undi tidak dikembalikan di Sg Kandis, PH buat laporan polis
- Ahli UMNO jangan termasuk perangkap PN – Zahida
- Megat Zulkarnain pertimbang fail petisyen bantah keputusan Gombak Setia
- Kelantan, Terengganu dan Kedah patut laksanakan hukum hudud
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan