Kemboja desak Uncle Roger mohon maaf

Kemboja desak Uncle Roger mohon maaf

Nampaknya pelawak Malaysia Nigel Ng, atau lebih dikenali sebagai Uncle Roger mendapat perhatian media antarabangsa. Kali ini kerajaan Kemboja menuntut agar dia membuat permohonan maaf secara terbuka kerana mengeluarkan komen bahawa makanan negara itu tidak enak.

Kementerian Pelancongan Kemboja melalui laman Facebook rasmi berkongsi kenyataan berhubung perkara ini.



“Kementerian Pelancongan Kerajaan Kemboja ingin memaklumkan kepada pelancong negara dan antarabangsa, sektor swasta dalam industri pelancongan dan orang ramai bahawa pihak kementerian amat kecewa selepas melihat video yang salah dalam menilai makanan Kemboja dalam media sosial, saluran YouTube bernama Nigel Ng, diterbitkan pada 30 Julai (Ahad), bertajuk ‘Uncle Roger Make Adobo’.”

Dalam video Nigel Ng, Uncle Roger menyebut bahawa tidak semua negara Asia Tenggara mempunyai makanan yang enak. Beliau kemudiannya menyenaraikan Laos dan Kemboja sebagai contoh.

“Penilaian individu di atas benar-benar menyimpang daripada realiti dan identiti makanan Khmer, dan terutamanya telah memberi kesan buruk kepada industri pelancongan makanan Kemboja secara serius, di mana Kerajaan Diraja Kemboja, serta Kementerian Pelancongan, telah berusaha untuk mempromosikannya pada peringkat antarabangsa sehingga diiktiraf secara meluas bahawa ‘Kemboja mempunyai Budaya Cantik dan Rasa Unik pada masakannya’.”

“Sehubungan itu, Kementerian Pelancongan sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan yang berkaitan dan meminta Nigel Ng atau Uncle Roger, yang dilahirkan pada 15 Mac 1991, untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Kemboja dan segera menyunting video yang disiarkan di media sosialnya,” tambah mereka. Vc



Kemboja desak Uncle Roger mohon maaf

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati



Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal



Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker