Diana Danielle tak sedih diceraikan

Diana Danielle tak sedih diceraikan

Pasangan selebriti popular, Farid Kamil dan Diana Danielle hari ini sah bercerai dan aktor itu melafazkan talak satu secara online kerana tidak dapat hadir disebabkan masalah kesihatan.

Diana yang dijumpai di luar mahkamah berkata dia mendoakan yang terbaik untuk dirinya, Farid dan anak-anak di masa akan datang.



Dalam pada itu, Diana turut berkata dia memilih untuk tidak berkongsi perasaannya ketika Farid melafazkan talak kerana ia sesuatu yang terlalu peribadi.

Aktres berusia 32 tahun tersebut turut akui keputusan itu merupakan keputusan yang sukar untuk mereka berdua namun bersyukur ia berakhir dengan baik.

Seorang wartawan sempat persoal Diana yang dilihat tidak mengalirkan air mata, tidak seperti kebiasaannya di mana wanita sering menangis apabila berlakunya perceraian.

Diana bagaimanapun tidak melantun sebaliknya menjawab dengan tenang,



Saya sangat bersedia secara mental untuk ini dan hanya (menangis) di belakang pintu sahaja lah.”

Sementara itu, menerusi ruangan komen ramai warganet mengkritik wartawan yang menyoal soalan yang tidak sewajarnya terhadap seseorang yang baru bercerai.

Mereka juga turut memuji Diana yang menjawab dengan tenang dan menjaga tutur katanya meskipun diajukan soalan sebegitu.

Diana Danielle tak sedih diceraikan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Duit Dini Schatzmann habis



Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal



Wajah Enot Dah Berubah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker