Tunang mengamuk Lucinta Luna dikatakan bapok

Tunang mengamuk Lucinta Luna dikatakan bapok

Pempengaruh transgender dari Indonesia, Lucinta Luna baru-baru ini menjadi bualan hangat selepas dia bertunang dengan seorang lelaki.

Apatah lagi, majlis itu dilakukan secara terbuka di negara tersebut membuatkan masyarakat di sana mempersoal pihak berrwajib tidak mengambil tindakan.



Terbaru, tular rakaman mempamerkan tunangnya yang dikenali sebagai Alan mengamuk ketika menjadi tetamu jemputan program podcast Deddy Corbuzier.

Menerusi program itu, Deddy telah bertanya kepada Alan jika dia tahu tentang status Lucinta yang sebenarnya merupakan seorang lelaki.

Lucinta kemudian menumbuk meja dan menengking Debby mengatakan dia bukan seorang transgender dan tunangnya kemudian mula naik angin.

Alan memarahi Deddy kerana asyik bertanya tentang soalan tidak sepatutnya sedangkan dia dan Lucinta hadir menjadi tetamu untuk berborak tentang kisah cinta dan perkahwinan mereka.



Dia adalah wanita sejak lahir. Saya percayakan bakal isteri saya. Kenapa kamu asyik cakap dia transgender? Kami datang sini untuk bercakap tentang perasaan dan perkahwinan kami.”
Dia kemudian bangun dan bergerak ke Deddy dan menuntut lelaki itu meminta maaf kepada Lucinta yang turut akui turut berasa sakit hati dengan pertanyaan tersebut.

Dalam pada itu, video tersebut meraih perhatian warganet tetapi ramai di antara mereka yang berpendapat ia adalah content yang sudah dirancang.

Malah sesetengah individu turut menyindir dan bertanya berapa bayaran diterima pasangan songsang itu untuk membuat video ‘lakonan’ murahan tersebut.

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik

Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang



Anak bertudung tanpa disuruh buat Nabil gembira

Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker