Tahap pemikiran Hadi rendah – Wan Rosdy
Naib Presiden Umno berkata dakwaan presiden PAS adalah mustahil kerana adanya Akta Anti-Lompat Parti.
Tahap pemikiran Hadi rendah – Wan Rosdy
Dakwaan Abdul Hadi Awang ramai Ahli Parlimen kerajaan termasuk dari Sabah dan Sarawak “menunggu masa” untuk menyokong Perikatan Nasional (PN) menunjukkan tahap pemikiran presiden PAS itu rendah, kata Wan Rosdy Wan Ismail.
Naib presiden Umno berkata, bukan mudah untuk wakil rakyat seperti Ahli Parlimen atau Adun melompat parti kerana adanya Akta Anti-Lompat Parti dan perjanjian dengan parti.
“Sebab itu saya kata pimpinan PAS ini, dia punya pengetahuan berbanding BN jauh rendah.
Ads by Kiosked
“Sejak tahun 80-an sampai sekarang modal dia apa….undi PAS masuk syurga. Hari ini masih guna benda sama,” katanya pada sidang media selepas program santai bersama nelayan dan calon BN DUN Linggi.
Terdahulu, Hadi dilaporkan mendakwa terdapat sebilangan Ahli Parlimen kerajaan perpaduan “menunggu” PN memenangi PRN enam negeri 12 Ogos ini sebelum menyatakan sokongan kepada gabungan pembangkang itu.
Hadi berkata, dengan sokongan Ahli Parlimen tersebut termasuk dari Sabah dan Sarawak, PN mampu menukar kerajaan persekutuan diketuai Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata dakwaan ramai ahli Umno keluar parti kerana tidak bersetuju dengan kerjasama antara Pakatan Harapan dan BN hanya digembar-gemburkan.
Katanya, ahli Umno yang keluar parti tidak ramai seperti yang didakwa.
“Mereka pun ada yang sudah keluar parti, ada juga yang ingin berpatah balik kepada parti…sebab masa keluar parti, mereka tidak faham kerajaan perpaduan terutama bersama DAP,” katanya.
Menteri besar Pahang itu juga berkata, ahli Umno tidak perlu ragu-ragu dengan kerjasama parti dalam kerajaan perpaduan.
“Ini kerana selama sembilan bulan, kerajaan perpaduan ditadbir dan diurus dengan terbaik bawah perdana menteri,” katanya. FMT
Tahap pemikiran Hadi rendah – Wan Rosdy
Baca Artikel Menarik:
- Peserta Miss Universe Indonesia diminta tanggal bra
- Saya mohon bersara awal – Raja Rozela
- UMNO lemah kerana pemimpin seperti Annuar Musa sebelum ini – Dr Akmal
- Polis ikut kehendak DAP – Hamzah
- Anak arwah Salahuddin sebak cabut plat nama di Parlimen
- Menantu Muhyiddin, peguam lari selepas disenarai ‘wanted list’
- Fauziah Reda Diceraikan ND Lala
- ND Lala, Fauziah bercerai
- Tindakan Anwar pertahan kuota bumiputera dikritik Persatuan Belia Baru Universiti Malaya
- Sanusi ‘copy paste’ Donald Trump – Amirudin
- Sepupu Nik Amar dulu sokong PAS kini sokong PH-BN, nekad buka markas PH berhampiran rumah Timbalan MB
- Wanita transgender minta bekas kekasih pulangkan testikel
- Serik keluar 2 pagi, bunyi mengilai dalam kereta (Video)
- “Kanak-Kanak 9 Tahun Kes Termuda Lahirkan Anak Luar Nikah” – NGO
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik
Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang
Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel
You must be logged in to post a comment.