Peluang BN-PH tambah kerusi di Terengganu besar
Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) membuka peluang lebih besar kepada gabungan politik itu untuk menambah bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Penganalisis Keselamatan dan Politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, situasi itu boleh berlaku kerana kerajaan Perpaduan berjaya menonjolkan kematangan dan kestabilan politik pada masa ini.
“Pola pengundian bagi BN dijangka meningkat setelah tempoh ‘bertenang’, diambil kira selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Tempoh bertenang ini membantu pengundi khususnya bekas penyokong BN yang hilang kepercayaan sebelum ini untuk kembali menyokong BN dalam PRN kali ini, dan menjadi satu daripada faktor kelebihan BN-PH untuk menambah bilangan kerusi,” katanya.
Menurut Noor Nirwandy, situasi di Terengganu pada PRU15 pada hakikatnya memberikan tekanan kepada Pas untuk mengekalkan kerusi-kerusi yang dimenangi sebelum ini.
“Apa yang berlaku pada PRU15 mungkin akan berterusan, tetapi skalanya mungkin berkurangan…rakyat mula memahami kepentingan mendapatkan suatu keadaan politik yang stabil, matang serta selari dengan kerajaan Persekutuan,” katanya
Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Wan Rohila Ganti Wan Abdul Ghapar berkata, PRN kali ini menjadi medan menguji kesetiaan dan keikhlasan gabungan parti-parti politik bagi memacu kemenangan di negeri itu.
“Umum mengetahui kerajaan Perpaduan hari ini yang menggabungkan PH dan BN baru berusia lapan bulan. Tumpuan yang perlu diberi oleh gabungan BN-PH adalah mengekalkan 10 kerusi DUN yang telah dimenangi mereka pada PRU14,” katanya.
Dalam pada itu, Pensyarah Program Pengajian Polisi, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohd Yusri Ibrahim berpendapat tempoh berkempen secara relatifnya masih panjang, apa sahaja boleh berlaku kerana politik sekarang sangat dinamik dan pola sokongan boleh berubah dengan sangat pantas.
Beliau berkata, sudah tentu BN akan berjuang untuk menawan Terengganu, namun jika tidak menang sekalipun, BN-PH perlu mempunyai jumlah wakil yang signifikan dalam DUN Terengganu untuk menjalankan fungsi semak dan imbang dengan efektif.
“Di Terengganu sebagai contoh, PAS dan UMNO saling bertukar peranan sebagai kerajaan dan pembangkang dalam beberapa siri pilihan raya. Begitu juga menjelang PRN ini, keputusan yang sangat dominan tidak begitu ideal bagi amalan pentadbiran berasaskan demokrasi,” katanya.
Jika diimbas kembali, Pas merampas Terengganu daripada BN selepas memenangi 22 daripada 32 kerusi DUN dalam PRU14 pada tahun 2018.
Menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu memiliki seramai 930,894 pengundi dan daripada jumlah itu 64,264 adalah pengundi muda berumur 18 hingga 20 tahun.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Untuk Azmin, kita hantar pemimpin wanita sahaja lawan dia – Anwar
- Penyokong tegar Pas beri sokongan kepada Cikgu Mi di Dun Melor
- Drama isu keselamatan terbaru dari PAS
- Kejutan kempen akhir BN akibatkan PN berputih mata
- PN menang PRN, kerajaan pusat turut bertukar – Hadi
- Faiz Na’aman keluar parti, kecewa dengan Bersatu
- Peja dituduh ‘jual kerusi’ Bersatu
- Jasmine Suraya redha dikecam gayakan gaun seksi pereka antarabangsa
- Suami tetak isteri, kekasih gelap guna kapak
- Aziz M. OSman Puteri Lily sah bercerai selepas 13 tahun
- Ini sebab mengapa ceramah PH tampil adik Sanusi batal saat akhir
- Ibu tunggal, warga emas, pasangan baru berkahwin dan pelajar dapat bantuan tunai – Aspirasi Perpaduan PH-BN
- Penyandang DUN Machang Bubuk ‘tumbang’ ketika berkhidmat
- Amirudin kena ‘sembur’ selepas ceramah perpaduan di Sungai Tua
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai
Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?
Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1