Kerajaan Islam Kelantan tandas pun rosak tak boleh jaga
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menempelak kerajaan Kelantan yang dipimpin PAS dan membidas bekas menteri pendidikan Mohd Radzi Jidin yang didakwa mengabaikan isu kebersihan dan kerosakan tandas di sekolah-sekolah.
Dengan nada sinis, katanya, sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaan Islam sepatut tidak wujud isu berkenaan.
“Saya nak tanya di sini, anak-anak kita pergi sekolah di Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Bachok ada tak sekolah tandas rosak?
“Eh mana boleh, ini kerajaan Islam Kelantan mana boleh tandas rosak.
“Islam itu menjaga kebersihan dan kebersihan itu sebahagian daripada iman,” katanya ketika berucap di program Ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Kota Bharu, malam tadi.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan barisan pimpinan gabungan parti-parti kerajaan perpaduan.
Terdahulu Kementerian Pendidikan Malaysia dilaporkan akan memulakan inisiatif yang bertujuan untuk mengajar murid tanggungjawab menjaga kebersihan tandas tidak lama lagi.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata kementeriannya akan berusaha untuk melaksanakan idea Anwar itu.
Sementara itu Anwar yang juga pengerusi PH berkata, soal kerosakan dan kebersihan tandas di sekolah tidak diberi perhatian oleh pimpinan kerajaan sebelum ini.
“Orang Bersatu jadi menteri pendidikan (Mohd Radzi) pernah bincang tak pasal masalah tandas di sekolah rosak? Tak ada!
“Cakap berdegar-degar, tandas sekolah anak kamu pun kamu tak jaga. Apa saya kata anak bukan anak saya saja, tapi anak-anak seluruh Malaysia,” katanya.
Susulan itu, anggota Parlimen Tambun itu, berkata, peruntukan berjumlah RM1.4 bilion diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyelesaikan permasalahan terbabit
“Apa kita buat? Saya kata Fadlina dengan kerjasama semua jabatan, pengetua dan guru besar sekolah bagi senarai.
“Berapa kos? Termasuk klinik desa berjunlah RM1.4 bilion disalurkan.
“Saya kata mesti selesai tahun ini juga,” tegas Anwar.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Untuk Azmin, kita hantar pemimpin wanita sahaja lawan dia – Anwar
- Penyokong tegar Pas beri sokongan kepada Cikgu Mi di Dun Melor
- Drama isu keselamatan terbaru dari PAS
- Kejutan kempen akhir BN akibatkan PN berputih mata
- PN menang PRN, kerajaan pusat turut bertukar – Hadi
- Faiz Na’aman keluar parti, kecewa dengan Bersatu
- Peja dituduh ‘jual kerusi’ Bersatu
- Jasmine Suraya redha dikecam gayakan gaun seksi pereka antarabangsa
- Suami tetak isteri, kekasih gelap guna kapak
- Aziz M. OSman Puteri Lily sah bercerai selepas 13 tahun
- Ini sebab mengapa ceramah PH tampil adik Sanusi batal saat akhir
- Ibu tunggal, warga emas, pasangan baru berkahwin dan pelajar dapat bantuan tunai – Aspirasi Perpaduan PH-BN
- Penyandang DUN Machang Bubuk ‘tumbang’ ketika berkhidmat
- Amirudin kena ‘sembur’ selepas ceramah perpaduan di Sungai Tua
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai
Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’