Khairy bantu kempen calon PN

Khairy bantu kempen calon PN

Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hadir berkempen untuk calon Perikatan Nasional (PN) DUN Jeram Harisson Hassan di Puncak Alam hari ini.

Dalam satu video tular di TikTok Bersatu N12 Jeram, bekas menteri kesihatan itu berkata beliau keluar berkempen kerana merasakan Harisson boleh menjadi wakil rakyat yang baik.



“Harisson boleh jadi wakil rakyat yang bagus, kalau tak sesuai saya tak keluar sokong,” katanya dalam video yang tular.

Harisson, bekas timbalan ketua Umno Sungai Buloh dipecat selepas bertanding menentang calon BN Jahaya Ibrahim pada PRN 12 Ogos ini.

Pada Mei lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu kepada Khairy jika bekas Ahli Parlimen Rembau menyertai parti itu.

Tawaran itu dikemukakan selepas Khairy dipecat Umno dan bagi mengukuhkan PN menjelang PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.



Bagaimanapun, Khairy tidak memberikan sebarang jawapan sehinggalah pada episod terbaru Keluar Sekejap pada bulan lalu.

Khairy memohon “masa tambahan” untuk memikirkan tawaran menyertai Bersatu yang dibuat Muhyiddin.

Selepas itu, Muhyiddin enggan mengulas lagi mengenai tawaran kepada Khairy. FMT

Khairy bantu kempen calon PN



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai



Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?

Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’



Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker