Lelaki tikam kekasih mahu putus hubungan

Lelaki tikam kekasih mahu putus hubungan

Seorang lelaki menikam kekasihnya kerana tidak berpuas hati wanita itu ingin memutuskan hubungan mereka dalam kejadian di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Ampang, kelmarin.

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada orang awam kira-kira 2.52 pagi.



“Siasatan mendapati mangsa berusia 45 tahun berada dalam kenderaannya sebelum didatangi suspek. Suspek bertindak memancitkan tayar kereta mangsa serta memecahkan cermin hadapan kereta.

“Mangsa melarikan diri namun dikejar suspek yang kemudian mencederakannya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian tengah dan kiri perut selain luka di lengan kiri dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan.

Katanya, mangsa baru mengenali suspek melalui laman sosial tiga bulan lalu.



“Punca suspek menyerang mangsa kerana tidak berpuas hati apabila mangsa ingin memutuskan hubungan dengan suspek. Suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesannya sedang dijalankan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera dengan menggunakan senjata. FMT

Lelaki tikam kekasih mahu putus hubungan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid

Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak



Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan

Kenapa saya diceraikan – Adibah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker