Wanita dikecam tindik telinga bayi

Tangkap layar video memaparkan seorang bayi menangis kesakitan selepas telinganya ditindik

Tindakan seorang wanita menindik telinga bayi baru dilahirkan mendapat kecaman orang ramai.

Sebuah video berdurasi satu minit dua saat yang memaparkan kejadian itu turut tular di media sosial.

Melalui video tersebut, dilihat seorang wanita bertindak memasukkan sepasang subang ke telinga seorang bayi tanpa menggunakan alat khas.

Bayi perempuan itu juga menangis kesakitan apabila kedua-dua telinga dicucuk menggunakan subang tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan indvidu itu yang dianggap melakukan penderaan.

“Mengarut pakaikan subang dekat bayi sekecil itu, terus cucuk macam itu saja kalau buat dekat telinga kamu sakit tak?,” kata Ina.

“Kecil lagi, nanti tertarik atau tersangkut di mana-mana. Tak rugi pun anak tak tindik. Semoga bayi itu baik-baik saja dan tak terkena jangkitan,” kata Yuri.

“Tak sangka ada ibu begini, sanggup tengok anak menangis kesakitan sebab nak letak subang emas punya pasal,” kata Zila.

Sehingga kini, video tersebut sudah mendapat lebih 6,000 perkongsian di laman Facebook

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen

Saya redha diceraikan Rosland

Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG

Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker