Bossku kenal siapa kawan mana lawan, Papagomo, Syed Imran jangan tunggang isu
Najib Razak berkata sebarang program atau kenyataan yang dikeluarkan Wan Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo dan Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz tidak mewakili beliau serta penyokong bekas perdana menteri itu.
Terdahulu Papagomo dan Syed Muhammad Imran mengumumkan satu program dikenali sebagai “Bossku Nak Apa?” yang dihoskan mereka akan disiarkan pada malam ini. ‘Bossku’ adalah nama panggilan popular Najib.
Papagomo berkata dalam program berkenaan beliau akan membuat pendedahan mengenai penipuan yang dibuat Presiden Umno Zahid Hamidi untuk menggunakan Najib dan Umno untuk kepentingan Anwar Ibrahim.
Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa berkata beliau menerima pesanan daripada bapanya yang menyatakan Papagomo dan Syed Muhammad Imran tidak mewakili Najib walaupun mereka adalah penyokongnya.
Katanya, Syed Muhammad Imran juga tidak diarahkan Najib untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai pendirian beliau.
“Najib sudah berada dalam penjara hampir setahun dan tidak adil bagi Syed Muhammad Imran atau mana-mana individu lain untuk tunggang atau mempergunakan nama beliau.
“Telah banyak ujian dan cabaran yang Najib lalui. Beliau tahu menilai yang mana satu kawan yang mana satu lawan,” katanya di Facebook.
Menurut Nooryana, pendirian rasmi bapanya hanya sah sekiranya ianya dimuat naik dalam saluran media sosial rasmi milik Najib melalui mesej kepada peguamnya.
Sebelum ini Syed Muhammad Imran yang juga presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara mendakwa semua ahli dan penyokong Najib menzahirkan sokongan kepada Perikatan Nasional.
Dia yang dipetik Sinar Harian, berkata gesaan dibuat kerana mereka mendakwa telah hilang kepercayaan terhadap Zahid.
Perdana menteri keenam itu menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Datuk S bayar hutang aku – A. Aida (Video)
- Suami bersubahat bersama tukang urut lakukan seks luar tabii dengan isteri
- Syed Muhammad Imran orang kuat Hamzah Zainudin
- Azmin setuju debat dengan Rafizi tetapi bersyarat, takut ke?
- Individu disyaki seludup pekerja asing ke lombong REE direman 28 hari
- Sumpahan Jerunei menang 6 trofi di Itali, Perancis
- Keluarga Najib tetap sokong kerajaan perpaduan
- ‘Penyokong Bossku’ ambil kesempatan untuk kepentingan diri – Nazifuddin Najib
- Dominic Lau takut DAP – pemimpin PAS P Pinang
- Rafizi cabar Sanusi debat
- Dera isteri hingga mati, lelaki diburu polis
- Bisnes ‘wayang’ cuci duit
- Sanusi ‘play victim’, harap simpati
- Hadi sanggahi dakwah Nik Aziz
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim
“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup
Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun
You must be logged in to post a comment.