Anwar bakal umum Menteri baru KPDN lepas PRN

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang baru akan diumum selepas urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sedang berlangsung di enam negeri selesai.

Anwar berkata beliau memerlukan masa untuk meletakkan pengganti Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lepas.

“Belum lagi, lepas PRN… bagi saya masa… saya fikir tidak terlalu lama,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Perasmian Penutup Hari Pengguna Kebangsaan 2023 di Piazza Pavilion Bukit Jalil di Kuala Lumpur hari ini.



Buat masa ini, Anwar berkata beliau memberi tanggungjawab kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali untuk memantau urusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Beliau turut meminta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh untuk membantu Armizan menjalankan tugas di kementerian itu.

“Sementara ini, Armizan diberi tanggungjawab memantau dan menjalankan tugas. Fuziah pun dah faham betul (urusan KPDN).

“Jadi saya nampak tiada gangguan dan saya minta Armizan tumpu lebih sikit di kementerian ini,” katanya.



Portfolio kementerian itu sebelum ini diamanahkan kepada Salahuddin yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah selepas ditidurkan susulan pembedahan akibat pendarahan otak.

Selama hayatnya, Salahuddin, 61, amat komited dalam memperjuang nasib rakyat terutama berkaitan kos sara hidup.

– Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim



“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun



Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker