Wanita jerit kata-kata kesat selepas disaman

Wanita jerit kata-kata kesat selepas disaman

POLIS mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan selepas video seorang wanita melakukan provokasi terhadap anggotanya tular.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kejadian berlaku di Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur, petang Isnin.



Katanya, rakaman video kejadian yang tular di laman TikTok, dikesan semalam.

“Menerusi rakaman tersebut dapat dilihat seorang wanita warga tempatan menjerit kata-kata kesat terhadap dua anggota polis yang sedang bertugas.

“Dalam kejadian pukul 3.40 petang itu, suspek tidak berpuas hati selepas disaman atas kesalahan memandu menggunakan alat komunikasi dan tidak memakai tali pinggang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, sehingga kini video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan dikhuatiri boleh menjatuhkan imej polis.



Kes kini disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Utv

Wanita jerit kata-kata kesat selepas disaman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup



Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker