Sanusi ‘play victim’, harap simpati
'Sanusi hanya mahu beri gambaran dirinya teraniaya' - Mahdzir
Sanusi ‘play victim’, harap simpati
Dakwaan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kononnya terdapat plot untuk mengenakan dirinya hanyalah untuk memberi gambaran seolah-olah Menteri Besar Kedah itu teraniaya.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata dakwaan seperti itu tidak sepatutnya terus dijaja Muhammad Sanusi berikutan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay sudah menjawab mengenai perkara itu.
“Tak ada orang nak reka sesuatu macam itu semata-mata untuk tangkap orang. Kalau pihak berkuasa panggil, mesti ada sebab.
“Ada orang hidup sampai 80 tahun, tetapi tak pernah mana-mana agensi panggil pun. Maknanya dalam kehidupan kita ini ada kebebasan yang diberi kepada setiap warganegara dan jika tak perlu, tak ada siapa nak panggil.
“Saya ingat orang yang duduk di kampung ini, tak ada siapa pun nak panggil kecuali ada masalah,” katanya selepas Majlis Pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya Negeri Kedah Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu dan Kuala Nerang di Dataran Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), di sini, hari ini.
Semalam, media melaporkan Muhammad Sanusi mendakwa rancangan menangkap dan menjatuhkan kredibilitinya, dirancang sejak enam bulan lalu bukan membabitkan pihak berkuasa, sebaliknya rancangan pihak tertentu.
Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa, komplot terbabit kemungkinan dirancang sejak Oktober tahun lalu, apabila stor kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon diletupkan.
Ditanya mengenai kenyataan Muhammad Sanusi yang enggan menjawab persoalan diajukan mengenai perlombongan unsur nadir bumi (REE) oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah, Mahdzir berkata beliau hanya bertanya mengenai persoalan yang ingin diketahui rakyat dan terpulang kepada Muhammad Sanusi untuk menentukan apa yang hendak dibuat.
“Beliau kata hanya mahu jawab kepada pihak berkuasa, jadi terpulanglah. Dia mengatakan kita ini seolah-olah pihak berkuasa sedangkan kita tanya bagi pihak rakyat.
“Tetapi saya tetap mahu ulang soalan kepadanya sama ada REE yang dilombong di Bukit Enggang, Sik itu sudah diluluskan oleh Jabatan Perhutanan, Pejabat Tanah dan Galian dan Jabatan Alam Sekitar?.
“Jika semua agensi memberikan kelulusan mereka, maka tidak mengapa. Balas saja kepada orang ramai, saya hanya bertanya bagi pihak rakyat,” katanya. BH
Sanusi ‘play victim’, harap simpati
Baca Artikel Menarik:
- Syukur dapat ‘muka baru’ lepas 13 tahun
- Yusuf Islam berduka pemergian Sinéad O’Connor
- Bebaskan Pulau Pinang dari Lim Guan Eng – Bekas ahli DAP
- Abang penggal kepala adik kerana nikah tanpa restu
- Guru Tuisyen Ratah Pelajar Sejak 9 Tahun Lalu, Cabul Hampir Setiap Hari Dari Usia 6 Tahun
- Dominic tetap bertanding di DUN Bayan Lepas walau diprotes PAS
- ‘Kami pernah susah, makan hanya berlaukkan keropok saja’
- Bantuan khas RM300 penjawat awam, RM200 pesara
- e-tunai RM100 kepada 10 juta golongan dewasa
- Usaha penyingkiran penyokong Kon Yeow – Ramasamy
- Pencuri ‘derma’ wang pada pemilik rumah kerana tiada barang berharga
- Guru dikunci di luar pagar kerana lambat datang sekolah
- Semua 10 EXCO Kedah dipanggil isu siasatan rasuah REE
- Sindiket rasuah: ‘Datuk’ ditahan, rampasan wang tunai RM38 juta, emas 200kg
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.