Pelaburan RM8j tidak dibayar balik, pengasas bersama MYAirline disaman

Pelaburan RM8j tidak dibayar balik, pengasas bersama MYAirline disaman

Seramai 15 individu memfailkan saman terhadap ahli perniagaan, Datuk Allan Goh Hwan Hua, dan empat syarikat atas dakwaan gagal membuat bayaran balik berhubung pelaburan lebih RM8 juta.

Mereka yang menyaman berusia antara 58 hingga 74 tahun selaku plaintif pertama hingga ke-15 menamakan Hwan Hua, 57, yang juga Pengasas Bersama syarikat penerbangan, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline), manakala I-Serve Online Mall Sdn Bhd (ISOM), Bright Moon Venture Plt (BMV), Qa Smart Partnership Plt (QAS) dan Trillion Cove Holdings Berhad (TCH) dinamakan sebagai defendan pertama hingga kelima.



Hwan Hua turut memegang pelbagai jawatan dalam empat syarikat terbabit.

Menerusi pernyataan tuntutan difailkan firma guaman, Messrs Raj & Sach pada 21 Julai 2022, plaintif terbabit berkata, Hwan Hu dan ISOM berniat untuk memperdaya kerana enggan membuat pembayaran hutang walaupun menerima surat tuntutan daripada 15 individu berkenaan.

“Hwan Hu dan ISOM dalam usaha untuk mengelakkan pembayaran balik jumlah hutang dan menafikan penglibatan mereka serta obligasi yang terhutang kepada plaintif.

“Plaintif apabila memasuki pelbagai perjanjian dengan BMV, QAS dan TCH, beberapa kali dimaklumkan oleh Hwan Hu dan ISOM bahawa pembayaran semua hutang kepada plaintif di bawah perjanjian dibuat oleh kedua-kedua pihak terbabit,” katanya.



Namun, Hwan Hua melalui notis permohonan difailkan Tetuan Mathews Hun Lachimanan pada 6 September 2022, berhasrat membatalkan tuntutan berkenaan atas alasan mengaibkan, remeh dan menyusahkan.

“Defendan pertama (Hwang Hua) bukan pihak kepada kontrak dimeterai oleh plaintif dengan BMV, QAS dan TCH.

“Kemungkiran kontrak yang dikatakan adalah berpunca daripada perintah pembekuan dikeluarkan Bank Negara Malaysia dan perintah sitaan oleh pendakwa raya,” katanya.

Kelmarin, media melaporkan polis menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ serta isteri dan anak lelakinya.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, dipetik berkata mereka ditahan bagi membantu siasatan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Hakim Mahkamah Tinggi, Adlin Abdul Majid, akan mendengar permohonan untuk membatalkan saman itu pada 22 November ini. BH

Pelaburan RM8j tidak dibayar balik, pengasas bersama MYAirline disaman

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri



Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker