Sarjan ditahan rogol suri rumah

Sarjan ditahan rogol suri rumah

KUCHING – Seorang wanita nekad membuat laporan polis selepas mendakwa dirogol oleh seorang pegawai polis berpangkat sarjan.

Pekerja di sebuah pusat jagaan orang tua berusia 26 tahun itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan Selasa lepas dan kejadian dikatakan berlaku pada Januari lalu.



Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, mangsa mengenali suspek semasa dia sering melawat suaminya yang ditahan di lokap Balai Polis Serian bagi membantu siasatan di bawah Akta Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyelundupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Menurutnya berdasarkan laporan mangsa, kekerapannya datang ke Balai Polis Serian menyebabkan suspek berusia 58 tahun dan bertugas di IPD Serian meminta nombor telefonnya dengan alasan supaya mereka senang berhubung mengenai perkembangan kes suami mangsa.

Susulan itu, katanya pada 14 Januari lalu kira-kira pukul 10.10 malam, suspek telah pergi ke rumah mangsa kononnya bagi membincangkan perkembangan kes suaminya.

“Pada mula mereka berdua hanya berbincang berkenaan kes suami mangsa tetapi selepas itu suspek bertindak merogol mangsa,” katanya.



Mohd. Azman berkata, kejadian kedua berlaku pada 18 Januari kira-kira pukul 12 tengah malam dan kali itu, mereka melakukan hubungan seks atas kerelaan mangsa selepas terpujuk dengan kata-kata suspek yang telah sayang dan cintakannya. K Online

Sarjan ditahan rogol suri rumah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kenapa kaitkan aku – Puteri Sarah

Dini Schatzmann, Janna Nick Kembali Bercinta



View Chin rugi jutaan ringgit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker