Strok haba dan cuaca panas, hentikan aktiviti luar darjah

Strok haba dan cuaca panas, hentikan aktiviti luar darjah

Institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) telah diarahkan mengambil langkah pencegahan bagi menghadapi cuaca panas dan jerebu dalam negara ketika ini, antaranya menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas.

KPM dalam kenyataan hari ini berkata bagi kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan murid hendaklah dihentikan.



Menurut kenyataan itu, peringatan telah diberikan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan di bawah KPM untuk mengambil langkah pencegahan.

“Aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas perlu dipantau bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas,” kata KPM.KPM berkata bekalan air minuman bersih mencukupi perlu disediakan di institusi pendidikan, dan murid digalakkan membawa air minuman sendiri, selain bekalan air minuman yang mencukupi perlu disediakan kepada murid di asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mereka mendapatkan air minuman.

Institusi pendidikan juga diingatkan perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena jerebu di kawasan masing-masing, selain mematuhi saranan Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan pelajar dan warga institusi.

“Institusi pendidikan perlu sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas,” menurut kenyataan itu. Awani



Strok haba dan cuaca panas, hentikan aktiviti luar darjah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa kaitkan aku – Puteri Sarah



Dini Schatzmann, Janna Nick Kembali Bercinta

View Chin rugi jutaan ringgit



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker