Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun
Seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman menyerang pengurus sebuah bank menggunakan pisau selepas permintaannya untuk mengeluarkan wang tunai 1 bilion baht (RM132 juta) ditolak, lapor laman berita Thaiger hari ini.
Lelaki dikenali sebagai Surasak, 64, itu pergi ke Bank Pertanian dan Koperasi Pertanian (BAAC) di Loei, rantau Isaan.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) insiden itu menunjukkan Surasak masuk ke dalam pejabat pengurus bank sebelum menyerangnya.
Akhbar ThaiRath melaporkan, Surasak meminta untuk mengeluarkan wang sebanyak 1 bilion baht (RM132 juta) sambil menyerahkan sebuah buku nota kepada pengurus bank yang dianggapnya sebagai buku akaun.
Menurut lelaki itu, seseorang telah memindahkan wang kepadanya.
Pengurus bank kemudian memeriksa akaun peribadi Surasak dan mendapati hanya terdapat wang sebanyak 34 baht (RM4.51) dalam akaun simpanannya.
Surasak enggan percaya bahawa tiada wang dipindahkan kepada akaun bank miliknya, lantas dia menjerit ke arah mangsa sebelum dihalau oleh pengawal keselamatan.
Rakaman CCTV kemudian memaparkan suspek kembali ke dalam bank secara senyap sambil membawa sebilah pisau, lalu cuba menetak kepala pengurus bank.
Mangsa menahan serangan itu menggunakan tangannya, menyebabkan dia cedera pada anggota tersebut.
Seorang pemilik sebuah perniagaan di hadapan bank itu mendedahkan bahawa Surasak mempunyai masalah kesihatan mental. – AGENSI
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Syukur dapat ‘muka baru’ lepas 13 tahun
- Yusuf Islam berduka pemergian Sinéad O’Connor
- Bebaskan Pulau Pinang dari Lim Guan Eng – Bekas ahli DAP
- Abang penggal kepala adik kerana nikah tanpa restu
- Guru Tuisyen Ratah Pelajar Sejak 9 Tahun Lalu, Cabul Hampir Setiap Hari Dari Usia 6 Tahun
- Dominic tetap bertanding di DUN Bayan Lepas walau diprotes PAS
- ‘Kami pernah susah, makan hanya berlaukkan keropok saja’
- Bantuan khas RM300 penjawat awam, RM200 pesara
- e-tunai RM100 kepada 10 juta golongan dewasa
- Usaha penyingkiran penyokong Kon Yeow – Ramasamy
- Pencuri ‘derma’ wang pada pemilik rumah kerana tiada barang berharga
- Guru dikunci di luar pagar kerana lambat datang sekolah
- Semua 10 EXCO Kedah dipanggil isu siasatan rasuah REE
- Sindiket rasuah: ‘Datuk’ ditahan, rampasan wang tunai RM38 juta, emas 200kg
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam
You must be logged in to post a comment.