Mengapa Guan Eng tidak digugurkan sebagai calon PRN? – Dapsy Pulau Pinang
Mengapa Guan Eng tidak digugurkan sebagai calon PRN? – Dapsy Pulau Pinang
Ahli Jawatankuasa Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang, M. Kogilan mempertikaikan kenapa parti itu tidak menggugurkan nama Pengerusi DAP, Lim Guan Eng daripada bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos depan.
Ia susulan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menegaskan, proses menggugurkan calon lama adalah perkara biasa selain ia untuk mengekalkan kerelevanan parti.
Kogilan yang Setiasusaha Politik DAPSY Tasek Gelugor turut mempersoalkan sama ada Guan Eng tidak mempunyai niat untuk memberi peluang kepada calon muka baharu atau anak muda untuk bertanding pada PRN mahupun Pilihan Raya Umum (PRU).
“Saya telah membaca satu berita di sebuah akhbar berbahasa Melayu yang memetik kenyataan Anthony bahawa pembaharuan dalam setiap pilihan raya termasuk menggugurkan beberapa nama ‘orang lama’ adalah satu perkara dan proses biasa.
“Saya sebagai ahli seumur hidup DAP ingin bertanya dengan Setiausaha Agung DAP, kenapa beliau atau Jawatankuasa Pencalonan Kebangsaan tidak mengugurkan nama Lim Guan Eng?
“Sedangkan Guan Eng juga merupakan orang lama yang bertanding beberapa penggal PRU dan PRN atas tiket parti DAP,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Kogilan kecewa dengan senarai nama calon DAP Pulau Pinang yang diumumkan semalam.
“Pemimpin yang berkerja keras untuk rakyat negeri ini telah ditepikan sebaliknya parti membawa calon yang tidak kenali oleh penduduk kawasan yang bakal ditandingi,” katanya.
Semalam, Anthony mengumumkan seramai 19 calon DAP yang akan bertanding pada PRN negeri itu dan mereka terdiri daripada 12 penyandang manakala tujuh calon muka baharu.
Bagi memberi laluan kepada muka baharu tujuh penyandang kerusi DUN Pulau Pinang telah digugurkan iaitu P. Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II (Perai); M. Satees (Bagan Dalam); Phee Boon Poh (Sungai Puyu); Soon Lip Chee (Bagan Jermal); Lee Chun Kit (Pulau Tikus); Chong Eng (Pangkalan Kota) dan Yeoh Soon Hin (Paya Terubong).
Manakala Lim Guan Eng kekal mempertahankan kerusinya di DUN Air Putih. MG
Mengapa Guan Eng tidak digugurkan sebagai calon PRN? – Dapsy Pulau Pinang
Baca Artikel Menarik:
- Dato Malik ditahan SPRM
- Presiden Gerakan usah keras kepala – Pemuda PAS Tasek Gelugor
- Gangguan seksual terhadap Rara, influencer beri keterangan Khamis ini
- Tiba-tiba jadi ‘drummer’ Search, Naimi kejutkan cikgu dan rakan sekolah
- Nabil bengang netizen persoal kemenangan Bell Ngasri
- Aloe vera penyebab kanser?
- Kenyataan Maybank sebut ‘dasar PM tidak jelas’ sahih
- Tiada lagi Din Pudu
- Setiausaha Akhbar sebak, “Chief’ dah beri petunjuk mahu pulang pada 23 Julai, namun Chief’ pulang selamanya”
- Sampai mati saya buat Menu Rahmah – Bos Mydin sebak
- Pas dakwa dikhianat Bersatu rebut DUN Ayer Hangat
- ‘Tendang keluar’ penyandang, penyokong PAS Gual Periok turunkan bendera tanda protes
- Ibu mangsa dedah PU Azman minta anak lumur minyak pada kemaluan
- Baby Shima bakal bertanding pada PRN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)
Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri
Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)
You must be logged in to post a comment.