JDT bergaya pertahan Piala FA

TROFI Piala FA terus berada di selatan tanah air apabila skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC), 2-0, pada aksi final di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Jaringan Nathaniel Shio Hong Wan pada minit ke-65 dan Leandro Velazquez pada minit ke-74 sudah cukup memadai buat skuad kendalian Esteban Solari itu mempertahanan trofi yang dimenangi musim lalu.

Skuad Harimau Selatan yang membariskan kesebelasan terbaik dilihat bermula garang sebaik wisel permulaan dalam usaha membuka jaringan.



Namun, asakan-asakan berkenaan gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan skuad The City Boys itu.

Pelawat hampir membuka jaringan pada minit ke-15, namun percubaan penyerang import Romel Morales gagal menggegar jaring biarpun pintu gol telah terbuka luas.

Tersentak dengan situasi cemas tersebut, kesebelasan JDT kembali giat mengatur asakan ke gawang KL City FC bagi meledak jaringan sulung perlawanan.

Hasilnya, Afiq Fazail hampir merealisasikan hasrat tersebut pada minit ke-27, namun rembatannya sekadar singgah di palang gol sebelum dikeluarkan pertahanan pelawat.



KL City FC sekali lagi berpeluang meledak jaringan pembukaan pada minit ke-36, namun percubaan sayap lincah, T Saravanan gagal menepati sasaran biarpun melepasi kawalan pertahanan JDT.

Tiga minit kemudian menyaksikan skuad Harimau Selatan itu kemudiannya hampir meledak gol pembukaan namun rembatan penyerang import, Fernando Forestieri pada minit ke-39, gagal menepati sasaran biarpun penjaga gol The City Boys, Kevin Ray Mendoza sudah pun tewas.

 

Hong Wan - Foto Fb Johor Southern Tigers
Hong Wan – Foto Fb Johor Southern Tigers

 



Tiada jaringan berjaya dihasilkan pada penghujung babak pertama dan sekali gus menyaksikan kedua-kedua pasukan terikat tanpa jaringan menuju bilik persalinan.

Bersambung babak kedua, JDT semakin menggandakan asakan ke gawang pelawat bagi meledak gol pembukaan yang dicari-cari.

Minit ke-49, JDT sekali berpeluang menjaringkan gol, namun sepakan percuma Forestieri berjaya di tepis keluar Mendoza.

JDT sekali berpeluang menjaringkan gol pada minit ke-53, rembatan pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi tepat ke dakapan Mendoza.



JDT akhirnya berjaya membuka jaringan pada minit ke-59, namun jaringan penyerang import, Bergson Da Silva dibatalkan kerana penyerang Brazil itu didakwa ofsaid.

Skuad Harimau Selatan itu bagaimanapun berjaya membuka jaringan pada minit ke-65 menerusi rembatan cantik Nathaniel Shio Hong Wan.

Jaringan itu dilihat semakin menyemarakkan semangat kesebelasan JDT untuk terus mengasak ke gawang pelawat bagi menambah jaringan.

 



I Bergson Gustavo Silveira Da Silva (kanan) ketika diasak pemain Kuala Lumpur City FC Matko Zirdum (kiri). - Foto Bernama
I Bergson Gustavo Silveira Da Silva (kanan) ketika diasak pemain Kuala Lumpur City FC Matko Zirdum (kiri). – Foto Bernama

 

Hasilnya, Leandro Velazquez berjaya memanfaatkan peluang di depan pintu gol lawan bagi menjaringkan gol kedua pada minit ke-74.

Penghujung perlawanan menyaksikan skuad Harimau Selatan itu terus mengasak bagi menambah jaringan.

Namun, tiada sebarang jaringan tambahan berjaya dihasilkan hingga ke wisel penamat.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna

Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik

Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau

Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker