Bell dedahkan pernah dihina pengarah terkenal
Pemenang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Bell Ngasri mendedahkan pernah dihina seorang pengarah terkenal yang mempertikaikan bakat lakonannya hanya kerana bertubuh pendek.
Bagaimanapun, Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri, 43, berkata, dia tidak pernah mengambil hati dengan kata-kata negatif seperti itu.
Sebaliknya, katanya, dia menjadikan penghinaan sebagai pembakar semangat untuk mengecapi kejayaan.
“Sepanjang hidup saya sebagai artis, saya banyak melalui pahit manis. Pernah ada yang berkata kepada saya, ‘Macam ni ke jadi artis, badan ketot macam kau ni?’
“Demi Allah, ini memang betul terjadi. Pengarah berkata begitu ada dalam (panggung) tadi.
“Kalau awak yang kena macam mana? Sudah tentu ia akan melunturkan semangat diri.
“Tetapi, Alhamdulillah, ini adalah satu bukti kepada mereka yang pernah buat begitu pada saya,” katanya sambil menunjukkan trofi kemenangannya pada sidang media sebaik sahaja malam kemuncak ABPBH 35 yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya berakhir.
Meskipun pernah diaibkan dengan penghinaan seperti itu, namun, Bell berkata, situasi itu tidak pernah membuatkannya putus asa hingga mahu mengundurkan diri dari dunia seni.
Malah, anak kepada pasangan penyiar dan pelakon, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar ini tiada sekelumit pun perasaan dengki dalam hati terhadap artis lain yang mengalami nasib lebih cerah berbanding dirinya.
“Walaupun orang pernah buat tak peduli kepada saya, tetapi saya tetap suka nak bantu untuk naikkan orang lain.
“Kalau nak ada perasaan dengki sejak dulu lagi saya boleh nak dengki dengan orang. Tetapi, saya bersyukur tiada sedikit pun perasaan dengki dalam diri.
“Saya lagi seronok sokong kawan-kawan saya lain seperti Zizan Razak, Johan dan Achey. Alhamdulillah, sekarang ini mereka juga menyokong saya.
“Mungkin disebabkan saya tak pernah nak berdengki dengan orang, Allah berikan saya rakan-rakan yang membantu menaikkan saya,” luah pelakon yang terkenal dengan watak lelaki malas puasa bernama Barkoba daam telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa arahan Allahyarham Mamat Khalid.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saya mudah didekati, tak perlu 3 pagi – Saifuddin
- Agong kurnia darjah kebesaran pada Anne Ngasri
- Mahathir mohon Anwar kemuka dokumen kes saman
- Rider campak, tendang makanan pelanggan dikecam (Video)
- Mat Tudung Begins, belum tayang sudah dikecam
- Penduduk terkejut temui ‘ikan zakar’
- Baju Barbie Nadia Brian Curi Tumpuan Netizen
- Uqasha beri sebab kenapa berkemban dan peluk Amerul Affendi
- Cerita pengasas ajaran sesat Si Hulk, pernah taubat tapi buat semula
- ‘Kafirkan’ Baby Shima, PU Syed mengaku tiada kaitan
- Saya tahu ada kertas siasatan terhadap Anwar – Mahathir
- Skandal Isteri Bunuh Suami
- Aidit, isteri pulih gangguan sihir pemisah
- Donut peach viral punya pasal hampir hilang nyawa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna
Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik
Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau
You must be logged in to post a comment.