Mabuk cendawan punca Setiausaha Perbendaharaan AS tunduk hormat kepada pemimpin China banyak kali

Mabuk cendawan punca Setiausaha Perbendaharaan AS tunduk hormat kepada pemimpin China banyak kali

Sejenis cendawan yang memberikan pengalaman halusinogen atau menyebabkan halusinasi didakwa mungkin menjadi punca Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen tunduk hormat beberapa kali ketika bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng.

Sumber mendakwa Yellen bertindak demikian selepas memesan empat hidangan cendawan tersebut dalam satu majlis makan malam diadakan, kira-kira tiga hari sebelum pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu.

Lapor Daily Mail, cendawan Jian shou qing merupakan sebahagian menu tradisional yang dihidangkan kepada Yellen di restoran Yi Zua Yi Wang di Beijing pada 6 Julai lalu.

Cendawan itu dikatakan memiliki ciri psychedelic atau boleh mengkhayalkan sekiranya tidak dimasak dengan sempurna.

Yellen, 76, dikecam hebat oleh pemimpin Republikan kerana tunduk hormat beberapa kali kepada He Lifeng dalam satu pertemuan pada 9 Julai lalu, tiga hari selepas majlis makan malam itu.

Sumber mendakwa tingkah laku pelik pemimpin itu mungkin disebabkan oleh hidangan cendawan yang dinikmati Yellen.

Bagaimanapun, pihak pengurusan restoran mendakwa hidangan cendawan itu dimasak dengan betul.

“Pekerja kami memaklumkan pemimpin AS itu amat menggemari cendawan, malah beliau juga memesan empat hidangan jian shou qing,” kata pihak restoran di laman Weibo.

Hidangan dijamu oleh Yellen menjadi tular di media sosial selain mencetuskan perdebatan dan pelbagai reaksi mengenai ciri dimiliki cendawan tersebut.

Aksi Yellen tunduk hormat berkali-kali kepada He Lifeng dikritik kerana dikatakan menunjukkan kelemahan pihak AS. Utusan

Mabuk cendawan punca Setiausaha Perbendaharaan AS tunduk hormat kepada pemimpin China banyak kali

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adakah Hamzah mahu menyatakan bahawa Istana Selangor mempolitikan Sanusi?

Pelajar Universiti Jadi Ketagih Jual Gambar Bogel Kerana Bayaran Lumayan (Video)

Bekas Ratu Cantik Vietnam Jadi Petani

Tikus Makan Ayam Mentah Dalam Kedai Runcit (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker