Gelaran Tuan Guru tidak sesuai dengan akhlak Abdul Hadi

Jaga akhlak sebagai tokoh yang dilihat membawa imej agama – itu ‘nasihat’ diberikan Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin, kepada Abdul Hadi Awang.

Ditanya mengenai sebab PAS menolak kerjasama dengan Umno, Khaled berkata, kenyataan diberikan Abdul Hadi itu hanyalah alasan untuk mewajarkan langkah tersebut.

“Pada saya itu hanya satu alasan…



“Kalau kata parti Umno ‘keruh’, buat apa (PAS) ambil usaha bertemu dan mencari? Dua kali dia mencari Umno,” katanya kepada media selepas persidangan Umno Pasir Gudang di Johor Bahru hari ini.i

Tambah bekas menteri besar Johor itu lagi, Umno boleh faham apabila Abdul Hadi membuat kenyataan politik sesuai dengan kedudukannya sekarang.

Pun begitu tambah Khaled, Abdul Hadi tidak wajar melabelkan Umno dengan ungkapan seperti ‘keruh’ dan seumpama dengannya..

“Ini tidak menunjukkan akhlak yang baik sebagai orang yang dikatakan membawa agama dalam perjuangan.



“Mana akhlak? Tolonglah jaga akhlak,” katanya.

Umno tak pernah cari PAS

Semalam Abdul Hadi mengumumkan secara jelas bahawa PAS memilih Perikatan Nasional sebagai sekutunya dalam menghadapi PRU ke-15 tidak lama lagi.

Selain menganggap Umno ketika ini sebagai parti ‘keruh’ kerana kes-kes rasuah yang dikaitkan dengan pemimpinnya, ahli parlimen Marang itu turut melihat pasangan mereka dalam Muafakat Nasional itu sebagai “gelenyar”.



Kerjasama yang ingin dijalin itu pula digambarkan Abdul Hadi seperti buah durian yang belum masak dan boleh menyebabkan mudarat seperti kembung perut jika dimakan.

Abdul Hadi juga menjelaskan, memang ada antara ahli PAS yang berminat dengan Umno namun dia berpendapat langkah tersebut perlu ditangguhkan terlebih dulu.

Khaled berkata, ketika Umno digambarkan secara negatif oleh Abdul Hadi, sebenarnya PAS merupakan parti yang memulakan langkah untuk berbaik-baik sebelum ini.

“Umno tak pernah cari PAS, (sebaliknya) PAS yang cari Umno,” katanya.



Khaled juga menyatakan, Umno dianggotai lebih tiga juta ahli dan hanya segelintir kecil berdepan dengan kes mahkamah.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker