Tahanan lari, 6 polis disiasat

Tahanan lari, 6 polis disiasat

Polis Kuala Lumpur menyiasat sama ada wujud unsur kelalaian membabitkan enam anggotanya sehingga menyebabkan seorang tahanan meloloskan diri di IPD Dang Wangi sebelum ditahan pada hari sama semalam.

Ketuanya Shuhaily Mohd Zain berkata kertas siasatan telah dibuka berhubung kejadian yang berlaku ketika tahanan berusia 45 tahun terbabit hendak dibawa menaiki lori ke Mahkamah Kuala Lumpur.



“Kertas siasatan sudah dibuka dan selepas itu kami akan menimbang tindakan bakal diambil terhadap anggota polis terbabit sekiranya didapati cuai atau lalai,” katanya menurut Kosmo.

Dalam kejadian 9.40 pagi itu, suspek melarikan diri semasa hendak dibawa menaiki lori polis ke mahkamah untuk pertuduhan berkaitan kes Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952.

Namun, suspek terbabit diberkas sekitar pukul 1.50 tengah hari di Jinjang.

Terdahulu tular dua video di media sosial yang memaparkan suspek terbabit melarikan diri dengan memanjat pagar belakang IPD Dang Wangi. FMT



Tahanan lari, 6 polis disiasat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf



Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi

Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun



Yasmin Hani posing pakai swimming suit, netizen tegur patut bersyukur pada Allah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker