Ketua Polis KL ‘butakan mata’ demi uji halangan terhadap OKU penglihatan sekitar Brickfields

Ketua Polis KL ‘butakan mata’ demi uji halangan terhadap OKU penglihatan sekitar Brickfields

Demi menyelami kesulitan Orang Kurang Upaya (OKU) khususnya golongan cacat penglihatan atau buta, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, bersama beberapa pegawainya, menguji sendiri laluan pejalan kaki dalam keadaan mata ditutup di sekitar Jalan Thambipillay dekat Brickfields hari ini.

Ketika tinjauan itu, Shuhaily bersama Pemangku Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji, bersama pegawai kanan lain dengan menggunakan tongkat cuba berjalan melalui laluan ‘tactiles’ yang digunakan OKU penglihatan.



Berkongsi pengalaman selepas tinjauan itu, Mohd Shuhaily meminta masyarakat sekitar ibu kota supaya lebih bertanggungjawab dalam menjaga dan menghormati kemudahan yang disediakan untuk kegunaan golongan istimewa ini.

“Apa yang saya dapati ketika tinjauan ini, masih ada pihak mementingkan diri sendiri apabila menghalang laluan yang dikhaskan kepada golongan OKU ini secara meletakkan kenderaan di situ.

“Cuba bayangkan apabila motosikal dalam keadaan ekzos yang masih panas, diletakkan di tempat laluan orang buta dan ini akan menyebabkan mereka mengalami kecederaan walaupun kenderaan itu diletakkan untuk tempoh seketika, namun ia menyebabkan kesukaran kepada OKU penglihatan.

“Bayangkan, sekiranya keadaan ini dialami ahli keluarga, saudara kita sendiri yang mungkin terdiri dari golongan OKU penglihatan, adakah kita masih sanggup menghalang kemudahan yang disediakan kepada mereka ,” katanya.



Mohd Shuhaily berharap pengguna jalan raya khasnya di sekitar Kuala Lumpur dapat mematuhi dan menghormati undang-undang jalan raya dengan meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan serta tidak menghalang laluan pejalan kaki dan laluan kemudahan khas bagi golongan OKU penglihatan.

“Kepatuhan kepada undang-undang oleh pengguna jalan raya adalah kejayaan dalam mendidik diri untuk berdisiplin dan mengamalkan pemanduan yang berhemah serta selamat.

“Malah saya berharap pendidikan dan disiplin dalam konteks pematuhan terhadap kepentingan OKU penglihatan seperti ini dapat diterapkan sejak di bangku sekolah rendah lagi.

“Bagi pihak Polis Kuala Lumpur, kami akan terus berusaha menyampaikan nasihat kepada masyarakat,” katanya.



Sejak 3 Julai lalu hingga kelmarin, sebanyak 1,061 saman halangan lalu-lintas dikeluarkan di sekitar kawasan Jalan Thambipillay sehingga kawasan Stesen Monorel Brickfields, selain kesalahan halangan pejalan kaki dan larangan meletak kenderaan. BH

Ketua Polis KL ‘butakan mata’ demi uji halangan terhadap OKU penglihatan sekitar Brickfields

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf

Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi



Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun

Yasmin Hani posing pakai swimming suit, netizen tegur patut bersyukur pada Allah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker