Bayi 39 hari meninggal dunia semasa tidur

Seorang bayi lelaki yang baru berusia 39 hari, meninggal dunia semasa sedang tidur di rumahnya di Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang, Jalan Persiaran Raya, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Gua Musang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menerima laporan kematiannya pada pukul 7.20 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati, bapa bayi berkenaan yang berusia 39 tahun melihat anaknya tidak sedarkan diri selepas bangun daripada tidur kira-kira pukul 5 pagi.



“Dia meminta bantuan jiran untuk hantar anaknya ke hospital dan bayi terbabit diberi rawatan segera, namun doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Choon Foo memberitahu, hasil bedah siasat mendapati punca kematian bayi yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik itu adalah disebabkan ‘pulmonary hemorrhage’ atau masalah saluran darah pada paru-paru.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik



Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar



Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker