Gula-gula PRK: PAS tawar beri pinjaman motor tanpa faedah tetapi dengan syarat..

PAS Terengganu menawarkan kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk membeli motosikal bagi individu bekerja berpendapatan maksimum RM4,000 sebulan.

Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata tawaran pembelian motosikal tanpa faedah itu antara 10 perkara dalam manifesto PAS bagi PRN kali ini.

“Tawaran ini antara janji kerajaan Pas yang akan ditunaikan dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya diberi mandat sekali lagi untuk memerintah,” katanya ketika berucap pada satu acara di Kuala Terengganu malam tadi, lapor Sinar Harian.



“Pada PRU14, PAS Terengganu menunaikan semua 20 manifesto yang dijanjikan sepanjang pemerintahan malah ada lagi yang sedang berjalan.”

Samsuri berkata, parti itu sebelum ini mengemukakan lapan perkara manifesto dalam beberapa siri program bertemu rakyat dan akan menambah dua lagi perkara bagi melengkapkan 10 janji ditawarkan kepada rakyat.

“Tawaran seterusnya ialah membina ‘township mosque’ sebagai masjid yang baharu dan lengkap dengan fasiliti merangkumi ekonomi, sukan, rekreasi, pendidikan, sosial, komuniti, kesihatan dan kebajikan,” kata Samsuri yang juga menteri besar Terengganu.

Tawaran lain dalam manifesto PAS bagi PRN Terengganu termasuk menyediakan khairat kematian sebanyak RM500, menyediakan tabung geran usahawan belia RM5 juta, menyiapkan jalan raya pantai Terengganu dari Kemaman hingga ke Besut dan menaja caruman skim keselamatan Perkeso untuk suri rumah.



Parti itu juga berjanji menyediakan tabung bantuan pertanian, penternak dan nelayan sebanyak RM5 juta; mewujudkan pusat tafaqquh fiddin di setiap daerah dan menjadikan Terengganu negeri pengeluar makanan negara dengan peruntukan RM100 juta.

PRN di enam negeri ditetapkan berlangsung serentak pada 12 Ogos.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik

Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin



Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar

Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker