MB Selangor ‘sekolahkan’ Sanusi cara untuk majukan Kedah

Amirudin Shari menempelak Sanusi Md Nor dengan berkata, beliau akan “menerangkan” kepada pengarah pilihan raya PAS itu bagaimana menjadikan Kedah terbaik seperti Selangor.

“Ini masalah Sanusi, mata beliau besar dekat tempat lain tapi tak tengok masalah tempatnya. Jangan takut, minggu depan saya akan pergi.

“Saya akan terangkan pada Sanusi macam mana nak jadi yang terbaik macam Selangor,” katanya ditemui selepas Majlis Pelancaran Madani Afiat, Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 & One Hour Malaysia Clean-up peringkat kebangsaan.



Beliau berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan menteri besar Kedah itu, Selangor maju dan kaya hanya kerana terletak berdekatan Kuala Lumpur.

Amirudin turut mengingatkan Sanusi bermuhasabah dan memberikan tumpuan kepada Kedah, disifatkannya jauh ketinggalan berbanding Pulau Pinang, negeri jiran yang dilihat lebih berkembang pesat dari segi pelaburan serta ekonomi.

“Kedah yang sebelahnya Pulau Pinang pun, macam itu juga, jadi beliau (Sanusi) tak pernah tengok cermin?

“Kedah masih lagi menyumbang hanya sekitar bawah 5%, jadi beliau kena tanya diri sendiri sebelum nak tengok tempat lain,” katanya.



Khamis lalu, Sanusi mendakwa Selangor membangun bukan disebabkan dasar kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH), tetapi sekadar nasib kerana terletak berhampiran Kuala Lumpur.

Sanusi, yang juga pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) berkata, Selangor tidak boleh dianggap sebagai negeri contoh PH kerana ia hanya menumpang manfaat dan rezeki dikongsi kerana terletak berhampiran ibu kota dan hab kewangan negara.

Susulan itu bekas Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan, berkata kemajuan mana-mana negeri atau Wilayah Persekutuan hasil dasar dilaksanakan oleh kerajaan berkaitan, bukan semata-mata faktor geografi.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu mendakwa, Kedah akan lebih maju jika dipimpin menteri besar seperti Amirudin untuk satu penggal penuh.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik



Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar



Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker