Syaitan suruh bunuh, kerat isteri

Syaitan suruh bunuh, kerat isteri

Mexico City: Lelaki ‘pemuja syaitan’ yang bertindak kejam apabila memakan otak isterinya bersama taco dan menjadikan tengkorak wanita itu sebagai bekas abu rokok, berjaya ditahan di Mexico.

Suspek dikenali Alvaro, 32, ditahan di rumahnya di Puebla pada 2 Julai lalu dan dituduh membunuh isterinya pada 29 Jun ketika di bawah pengaruh bahan larangan.

Dalam soal siasat pihak berkuasa, lelaki itu mendakwa, Santa Muerte (wali kematian) dan syaitan mengarahnya melakukan jenayah itu.

Alvaro digelar ‘Kanibal Puebla’ selepas mengerat badan isterinya, Maria Montserrat Animas Montiel, 38, yang juga ibu lima anak, sebelum meletakkan mayatnya ke dalam beg plastik.

Dia didakwa membuang sebahagian daripada anggota badan wanita itu ke dalam gaung di belakang rumah dan menyimpan selebihnya di rumah mereka.

Selepas dua hari kejadian, Alvaro didakwa menelefon anak tirinya dan mengaku melakukan pembunuhan kejam itu.

Ibu mangsa, Maria Alicia Montiel Serran memberitahu media tempatan yang suspek meminta anak perempuan tirinya untuk datang dan mengambil ibunya.

“Dia kata ‘saya sudah membunuhnya dan mayat ada dalam beg.’

“Dia membunuh anak saya dengan parang, pahat dan penukul. Saya tanya dia kenapa bunuh anak saya kerana dia bukannya jahat.

“Lelaki itu jawab, anak saya tidak lagi menderita,” katanya.

Maria Montserrat berkahwin dengan Alvaro kurang setahun lalu dan mempunyai lima anak perempuan berumur 12 hingga 23 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Menurut ibunya, dua anak bongsu mendiang tinggal dengan pasangan itu serta didakwa menjadi mangsa keganasan dan seksual bapa tiri mereka.

Mayat Maria Montserrat belum dapat dikebumikan berikutan siasatan lanjut pihak berkuasa, termasuk perlu menjalani ujian DNA.

Kes disiasat di bawah Pejabat Pendakwaan Puebla. HM

Syaitan suruh bunuh, kerat isteri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik

Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar

Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker