GPS ‘play safe’ pada PRN, kata penganalisis

GPS ‘play safe’ pada PRN, kata penganalisis

Penganalisis politik percaya Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengambil langkah berjaga-jaga apabila membuat keputusan tidak terlibat dalam kempen PRN di enam negeri Semenanjung.

Penganalisis Sosio-Politik Universiti Malaya, Awang Azman Pawi, berkata GPS dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mungkin berhati-hati dengan tidak memberikan komitmen kepada mana-mana pihak sebelum pilihan raya.



“Saya rasa mereka berhati-hati dan mengambil kira kemungkinan Perikatan Nasional (PN) boleh bertambah kuat selepas PRN.

“Sekiranya kerajaan perpaduan tumbang, lebih mudah bagi GPS untuk bekerjasama dengan PN,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Ketua Whip GPS, Fadillah Yusof, gabungan itu tidak akan memainkan peranan aktif dalam berkempen untuk PRN pada 12 Ogos, walaupun berada dalam kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

Pada Jun, Fadillah, naib presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti tonggak GPS, berkata terdapat arahan tetap melarang gabungan Sarawak itu daripada menyertai pilihan raya di luar negeri Borneo.



Fadillah, yang juga timbalan perdana menteri turut berkata, GPS mahu kekal neutral dan fokus untuk berkhidmat demi kepentingan rakyat. Bagaimanapun, Pengerusi GPS Abang Johari Openg kemudian berkata, gabungan itu belum membuat keputusan mengenainya.

James Chin dari Universiti Tasmania berkata, ideologi GPS, iaitu “Sarawak didahulukan”, mungkin menjadi sebab GPS tidak terlibat dalam politik Semenanjung.

“Mereka juga tidak mahu terlibat kerana pernah bekerjasama dengan PN, pernah juga menjadi sebahagian daripada kerajaan Muhyiddin Yassin. Jadi (mereka rasa) tidak perlu menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Mereka tiada pilihan selain kekal neutral,” katanya.



Bagaimanapun, Awang Azman berkata, GPS membuat pertaruhan dengan tidak terlibat PRN.

“Jika PH dan BN menang besar pada PRN dan PRU akan datang, ini mungkin menjejaskan hubungan gabungan perpaduan dengan GPS. Tetapi selagi itu tidak berlaku, GPS akan terus dihargai.

“Keputusan GPS untuk menjauhkan diri daripada berkempen bagi PRN tidak akan dianggap sama seperti Muda yang dilihat rakus, beremosi dan tidak setia apabila mahu bertanding pada PRN,” katanya. FMT

GPS ‘play safe’ pada PRN, kata penganalisis



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik



Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar



Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker