Haram tidur dengan teddy bear – UAI

Haram tidur dengan teddy bear – UAI

Ibu bapa atau penjaga diingatkan supaya tidak membiarkan anak-anak mereka tidur dengan patung permainan seperti ‘teddy bear’.

Kosmo! Online, hari ini, melaporkan menurut penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI), hukum tidur dengan patung mainan tersebut adalah haram.



“Sekarang ini, ramai sangat budak perempuan tidur dengan patung, hukumnya haram, tak boleh. Patung-patung ini hanya untuk kanak-kanak bermain.

“Fasal apa anak-anak dara kita umur 18 ke 20, awek-awek tidur letak patung ‘bear’ lah, ‘adudu’ lah atas kepala. Sebab mereka tengok daripada artis-artis. Ayah-ayah tengok balik bilik anak dara, kalau ada patung-patung, hukumnya haram,” katanya pada satu sesi ceramah sebelum ini.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, rumah yang mempunyai patung seperti itu tidak akan dikunjungi oleh malaikat rahmat.

“Yang boleh patung permainan ini adalah kepada anak yang belum baligh. Hanya anak kecil ini dibenarkan bermain patung.



“Satu lagi dalam kereta gantung patung-patung, contohnya patung beruk (monyet) dua ekor, depan ‘spider’, depan lembu.

“Semua ini (gantung patung dalam kereta) tidak boleh. Yang boleh, letak atas ‘seat’ (kerusi) biar anak kecil bermain, supaya dia tak kacau kita tengah memandu,” ujarnya. BH

Haram tidur dengan teddy bear – UAI

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan



Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker