PRN2023: MCA berkorban demi elak ‘sengketa kaum, agama’

PRN2023: MCA berkorban demi elak ‘sengketa kaum, agama’

Keputusan MCA tidak bertanding pada PRN enam negeri kerana parti itu tidak mahu terlibat dalam “persengketaan yang menjadikan sentimen perkauman dan keagamaan sebagai senjata”.

Naib Presiden Ti Lian Ker berkata, kerjasama antara DAP-Umno dan menjadikan PAS sebagai sasaran untuk menakutkan pengundi bukan Melayu mencetuskan polarisasi perkauman dan agama dengan trend Melayu menyokong Perikatan Nasional (PN) dan bukan Melayu sokong Pakatan Harapan (PH).



“Keputusan MCA untuk tidak terlibat dalam persengketaan yang menjadikan sentimen perkauman dan keagamaan sebagai senjata adalah untuk meregangkan ketegangan perkauman dan keagamaan semakin ketara dan mengancam ketenteraman negara.

“Biarlah MCA membuat pengorbanan demi untuk kembali menjadi orang perantaraan dan jambatan perhubungan etnik berlandaskan perlembagaan yang merupakan peranan tradisi MCA sejak penubuhan negara kita,” katanya di Facebook.

Beliau berkata, MCA percaya polarisasi itu akan berterusan apabila sentimen perkauman dan keagamaan dieksploitasikan untuk menimbulkan kebencian bagi tujuan mengaut undi dalam PRN enam negeri.

Justeru, beliau menggesa polemik agama dan etnik dihentikan serta-merta supaya tumpuan dapat diberikan kepada pembinaan negara.



“Sama-sama kita sedar diri dan bertaubatlah! Lebih-lebih lagi penyokong PAS dan DAP kerana BN tidak dapat lagi memainkan peranan persahabatan dan jambatan antara kaum dan etnik secara efektif seperti dulu,” tegasnya.

Rabu lalu MCA mengumumkan tidak bertanding pada PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, 12 Ogos ini.

Setiausaha Agungnya, Chong Sin Woon, dalam kenyataan berkata dalam tempoh ini, MCA sebaliknya akan menumpukan kepada persediaan menghadapi PRU16, selain melaksanakan pembaharuan dan kebangkitan semula parti itu. FMT

PRN2023: MCA berkorban demi elak ‘sengketa kaum, agama’



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain



Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini

Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)



Cebisan mayat berselerak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker