Anwar akan umum ‘pembelaan wajar’ buat peneroka Felda

Anwar akan umum ‘pembelaan wajar’ buat peneroka Felda

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan mengumumkan “pembelaan wajar” buat peneroka Felda petang ini.

Beliau bagaimanapun tidak memberi bayangan pengumuman itu berkaitan apa.



“Dalam tempoh enam bulan, saya diam (mengenai) Felda, walaupun saya bertanggungjawab (ke atas) Felda sebab saya nak teliti apa masalah. Kenapa orang Felda kecewa, apa masalah pengurusannya dan kenapa hutang terlalu tinggi?

“Saya kaji itu semua…petang ini (saya akan) berdepan dengan mereka (dan) sedaya upaya saya akan terus berikan pembelaan wajar (yang) akan diumumkan petang ini,” katanya dalam majlis amanat perdana menteri kepada penjawat awam Negeri Sembilan.

Anwar dijadualkan menghadiri sambutan Hari Peneroka Felda di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang pada 3 petang ini. FMT

Anwar akan umum ‘pembelaan wajar’ buat peneroka Felda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain



Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini

Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)



Cebisan mayat berselerak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker