Jual karipap dapat RM80k sebulan
Jual karipap dapat RM80k sebulan
PONTIAN – Gendong bakul sambil menyanyikan lagu pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT).
Itu strategi awal yang dilakukan seorang penjaja jalanan ketika menjual kuih karipap atau lebih dikenali epok-epok di negeri ini untuk menarik pelanggan.
Setiap hari, Jasmin Pannoot, 49, berjalan kira-kira 10 kilometer sejak tujuh tahun lalu di sekitar Dataran Pontian dan Laman Diraja Pontian di sini terutama di pasar malam.
Jasmin berkata, dia memulakan perniagaan Karipap Ale-Ale hanya bermodalkan RM40 selepas beberapa bisnes sebelum ini menempuh kegagalan.
“Pada awalnya sukar untuk membuang rasa malu sebagai peniaga jalanan, namun demi isteri dan tujuh anak, semuanya dibuang jauh-jauh demi kelangsungan hidup,” katanya.
Menurutnya, dia melalui pelbagai cabaran termasuk tangannya tidak dapat bergerak seperti biasa akibat terlalu lama mengendong bakul.
Katanya, keadaan itu menyebabkannya terpaksa membeli troli bagi meneruskan perniagaan jualan epok-epoknya.
“Bagi memenuhi permintaan, saya telah membuka sebuah kedai di bawah bimbingan Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Getah yang mampu mengeluarkan kira-kira 2,000 hingga 5,000 epok-epok sehari,” ujarnya.
Katanya, dia juga telah membuka ‘stall’ di beberapa kedai makanan popular seperti Restoran Kopi Tenggek di Tanjung Piai dan Restoran Kemangi di Bandar Pontian.
“Karipap yang saya jual mempunyai pelbagai jenis inti seperti kentang, telur, sardine, ayam, daging, nanas, keju dan mihun dengan harga antara RM1 hingga RM5 bergantung saiz.
“Karipap sejuk beku atau frozen dijual dengan harga RM8 sebungkus bergantung pada produk dan inti dengan saiz S, M dan L bagi jualan terus atau secara dalam talian.
“Saya juga telah mengadakan perbincangan dengan usahawan Singapura bagi membolehkan Karipap Ale-Ale dipasarkan ke negara tersebut,” jelasnya.
Dia memberitahu, setakat ini dia mampu mencapai jualan antara RM60,000 hingga RM80,000 sebulan dan ada ketikanya sehingga RM100,000 pada musim cuti persekolahan.
Jasmin gembira kerana perniagaan yang diusahakannya telah membuka peluang pekerjaan kepada 15 pekerja termasuk golongan muda. K Online
Jual karipap dapat RM80k sebulan
Baca Artikel Menarik:
- Fizz Fairuz beli anugerah?
- Khaled bidas kritikan Muhyiddin
- Nasir saman Finas, menteri
- JPJ minta bantuan polis kesan suami Fatin Afeefa
- Yusof Haslam, Raisuddin mentua satu dalam sejuta
- Punca orang Melayu tak sokong Anwar
- Zaki Yamani Lain Yang Buat Hal, Anak Jamal Abdillah Pula Yang Terkena Tempias
- Identiti 7 sekeluarga mangsa kepala air dikenal pasti
- Menara Taming Sari alami kegagalan teknikal, 36 pengunjung hadapi detik cemas!
- Tragedi kepala air di Kampung Air Puteh, 2 maut dan 8 masih hilang
- Anwar sifatkan ‘doa ambil nyawa’ Haji Hadi sebagai biadap, mahu Zaki mohon maaf
- Hanya perlu bayar RM155 untuk ‘menimati’ tubuh kekasih sendiri
- Cubaan rasuah jawatan GLC, BERSIH tibai Muhyiddin
- Penjual, pembeli patung seks kanak-kanak, Menteri mahu polis siasat segera
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput
You must be logged in to post a comment.