Remaja di dalam bot maut dipanah petir

ISKANDAR PUTERI: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut dipercayai terkena panahan petir berdekatan Pulau Merambong di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.15 pagi ketika mangsa dikatakan sedang mendapatkan pelampung untuk menarik jaring yang dipasang bagi tujuan menangkap ketam.

Beliau berkata, ketika kejadian berlaku, mangsa bersama bapanya menaiki bot sebelum dipanah petir dalam keadaan hujan lebat.

“Ketika kejadian, mangsa bersama bapanya yang berusia 60 tahun berada dalam bot berkenaan bagi menarik jaring yang dipasang semalam untuk menangkap ketam.

“Ketika mangsa dipanah petir, bapa mangsa tidak cedera, namun tercampak ke hujung bot berdekatan enjin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bapa mangsa cuba menyelamatkan mangsa dengan menarik tangan anaknya itu sebelum dibantu nelayan yang berada berhampiran tempat kejadian.

Katanya, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Mangsa tidak bersekolah dan bekerja sebagai nelayan bersama bapanya,” ujarnya

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Shuib tersalah sebut nama isteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker