Google buang pekerja Waze

Enjin carian Google akan memberhentikan kakitangan Waze apabila  ia menggabungkan produk pemetaan sendiri dengan perkhidmatan pemetaan tersebut, lapor saluran berita CNN kelmarin.

Dalam e-mel kepada pekerja Selasa lalu, Chris Phillips yang menyelia divisyen Google’s maps dikenali sebagai Geo  berkata, syarikat itu merombak strategi Waze untuk memasukkan iklan Google serta tidak lagi menggunakan sistem pengiklanan berasingan.

“Langkah ini akan membawa kepada pemberhentian pekerja Waze,” kata Phillips.



Menurutnya, Google berharap dapat mewujudkan produk Waze yang lebih optimum dengan memberi tumpuan untuk membina produk baharu Waze Ads yang dijana oleh Google Ads.

Phillips memberitahu, syarikat berkenaan memaklumkan kepada pengiklan dan rakan kongsinya tentang perubahan itu kelmarin. Pasukan diketuainya  juga akan menjawab soalan kakitangan tentang perubahan tersebut dalam satu perhimpunan dinamakan ‘our next Waze Town Hall’ pada 11 Julai ini.

E-mel tersebut tidak mendedahkan bilangan pekerja yang akan dibuang. Bagaimanapun, unit Waze menggaji lebih 500 pekerja, demikian menurut dokumen dalaman yang dilihat oleh CNBC.

Google membeli Waze pada harga sekitar AS$1.3 bilion (RM6.07 bilion) dalam tahun 2013. – AGENSI



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perdana Menteri perlu pecat menteri buat kecoh di KLIA – Ketua Pemuda UMNO



Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker