Resepi Daging Kurma Power

Resepi Daging Kurma Power

Kalau boleh hari -hari nak makan daging tidak kira apa-apa resepi pun tidak apa, janji boleh makan daging..huhu. Bukan apa sebab hari raya korban dah dekat, pastinya ramai yang akan ada bekalan daging.

Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan

1/2 kilo daging
2 sudu besar Rempah Kurma
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 kuntum Bunga lawang
2 kuntum Bunga Cengkih
1 batang Kulit kayu manis
3-4 biji Buah pelaga
1 inci Halia
5 ulas Bawang Merah
5 ulas bawang Putih
3-4 biji Cili Merah dan hijau
2 biji Ubi Kentang
1 keping asam gelugur
Garam
1 senduk kecil minyak untuk menumis

Cara Menyediakan Resepi Daging Masak Kurma

Langkah 1
Potong daging dengan ukuran 1 inci.

Langkah 2
Bawang merah, bawang putih, ubi kentang dan cili merah dan hijau dibelah dua.

Langkah 3
Panas minyak dalam periuk dan tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.

Langkah 4
Masukkan semua bahan-bahan yang sudah di belah dua.

Langkah 5
Kemudian masuk kan rempah kurma kacau sedikit dan masuk kan air .

Langkah 6
Masuk kan juga daging dan asam keping.

Langkah 7
Masak hingga mendidih dan kemudian masuk kan santan.

Langkah 8
Masak hingga daging dan ubi lembut.(api sederhana)

Langkah 9
Selepas ubi dan daging lembut masukkan garam dan siap untuk dihidangkan..
Selesai..

Resepi Daging Kurma Power

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Shuib tersalah sebut nama isteri

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker