Mbappe sertai Real Madrid, rekod dunia bakal dipecahkan

Kylian Mbappe berjaya memenangi kasut emas selepas meledak lapan gol pada Piala Dunia kali ini. – Foto Twitter Mbappe

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) dan Real Madrid mencapai persetujuan untuk perjanjian bernilai 300 juta euro (RM1.5 ­bilion) bagi penjualan Kylian Mbappe, lapor portal berita ­eksklusif, PSG Community.

Nilai itu bakal memecah rekod perpindahan dunia, malah media Perancis melapor­kan satu pertemuan telah diadakan antara pemilik PSG dari Qatar dengan wakil Real, Sabtu lalu.

Pemilik PSG, Tamim bin ­Ha­mad Al Than dan Pre­siden Real Madrid, Florentino Perez telah bertukar-tukar mesej dalam beberapa jam ter­akhir bagi mencapai persetujuan.

Menurut PSG Community, penjualan penyerang Perancis itu akan mencecah 250 juta euro (RM1.2 bilion) dan 50 juta euro (RM255 juta) lagi bonus berkaitan jumlah perlawanan yang akan dimainkan pemain berusia 24 tahun itu untuk Real.



Perpindahan Mbappe dari PSG ke Real juga dijangka mampu menaikkan peluang­nya untuk memenangi anugerah berprestij ­Ballon d’Or.

Jika laporan itu tepat dan perjanjian diteruskan, Real akan meme­cah rekod perpindahan dunia memilik Neymar bernilai 222 juta euro (RM1.135 bilion) ketika berpindah dari Barcelona ke PSG pada 2017.

Legenda Argentina, Lionel Messi sebelum ini menggalakkan bekas rakan sepasukannya, Mbappe meninggalkan PSG jika mahu meraih pencapaian lebih tinggi.

“Saya lebih suka anda pergi ke Barcelona tetapi jika anda mahu ke Madrid, lakukannya segera. Anda layak mendapat ‘projek kemenangan’ sebenar,” kata Messi.



Mbappe menyertai PSG ­secara pinjaman dari Monaco pada 2017 sebelum mengikat perjanjian tetap 145 juta euro (RM741 juta) serta 35 juta euro (RM179 juta) sebagai tambahan setahun kemudian.

Kini, Real pula bersedia membayar wang dengan nilai luar biasa memandangkan Mbappe hanya akan menjadi ejen percuma pada 2024.
Pemenang Piala Dunia Russia 2018 itu hampir menyertai Los Blancos pada 2022 apabila tempohnya di Parc des Princes tamat, namun dia

melakukan pusingan U secara dramatik dan dilanjutkan bersama PSG sehingga 2024

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha



Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial



Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker