New Zealand dilanda gempa bumi

New Zealand dilanda gempa bumi

WELLINGTON: Gempa bumi kuat dengan magnitud 6.0 menggegarkan South Island, New Zealand pagi tadi.

Menurut laman web Geonet, pusat gempa yang melanda pada pukul 9.14 pagi (waktu tempatan) terletak 124 kilometer (km) di barat Christchurch pada kedalaman 11km.



Menerusi laman web itu, kira-kira 14,000 orang dilaporkan merasai gempa bumi itu.

Terdapat sekurang-kurangnya 37 gegaran susulan dan kesan keretakan kelihatan di dinding bangunan termasuk Mt Somers General Store berikutan gempa itu.

New Zealand terletak dalam Lingkaran Api Pasifik, lokasi plat tektonik berlanggar, menyebabkan negara itu sering mengalami aktiviti seismik serta gunung berapi yang kerap. AFP

New Zealand dilanda gempa bumi 6.0



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla



Pengacara popular tak bayar gaji staff?

Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)



Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker