Rogol wanita tempatan di Genting Highlands, warga asing ditahan polis

Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana dipercayai merogol seorang wanita tempatan di sebuah hotel di Genting Highlands di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, suspek yang berumur 41 tahun ditahan berhampiran lokasi kejadian pada hari sama kira-kira pukul 1 tengah hari.

“Suspek merupakan seorang lelaki warganegara asing berusia 41 tahun yang datang ke Malaysia untuk tujuan melancong.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 19 Jun ini untuk siasatan lanjut,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 sebatan.

Dalam pada itu katanya, berdasarkan laporan polis kejadian kira-kira pukul 5.20 pagi Isnin lalu itu berlaku ketika mangsa berjalan pulang dari bilik sewa rakannya.

Katanya, mangsa kemudiannya dipanggil oleh seorang lelaki tidak dikenali untuk bertanyakan tentang kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel sebelum suspek mengajak mangsa tidur bersamanya.

“Namun mangsa menolak pelawaan tersebut dan suspek bertindak menarik tangan mangsa secara paksaan dan membawa mangsa masuk ke dalam biliknya sebelum merogol mangsa,”katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah

Afiq simpan bukti dicurangi Pachara

Mondy ‘Influencer’ berduit, netizen kritik Ebit Lew

Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker