Tukar kad pengenalan rosak dengan panggilan telefon sahaja

Tukar kad pengenalan rosak dengan panggilan telefon sahaja

Dengan kecanggihan teknologi hari ini, sudah semakin banyak urusan rasmi yang boleh dibuat secara dalam talian sahaja. Salah satu daripadanya adalah boleh menukar kad pengenalan yang rosak menerusi panggilan sahaja.

Menerusi akaun Twitter @fariadaffy, beliau berkongsi tentang cara tukar IC atau penukaran kad pengenalan yang rosak menerusi perkhidmatan talian telefon UTC Jabatan Pendaftaran Negara.



Anda hanya perlu membuat panggilan menerusi talian 03-88808066 untuk mendapatkan gantian kad baharu. Menariknya, anda boleh mengambil kad pengenalan yang sudah siap di Pusat Cetakan Teragih selepas 30 minit permohonan.

Anda boleh lihat gambar rajah senarai pejabat JPN Pusat Cetakan Teragih yang beroperasi bagi setiap negeri bagi memudahkan urusan pengambilan kad di kaunter kelak. Perlu diketahui, anda tidak dibenarkan mengubah info di dalam IC seperti nama dan alamat.

Masa beroperasi pula bermula 8 pagi sehingga 5 petang sahaja dan anda perlu membawa IC lama berserta wang berjumlah RM10 sewaktu ingin mengambilnya.

Kini anda boleh menggantikan kad pengenalan menerusi panggilan yang lebih mudah dan pantas. Kongsikan artikel ini agar lebih ramai orang boleh mengetahui cara tukar IC dalam mendapatkan kad pengenalan baharu tanpa perlu beratur lagi. Vc



Tukar kad pengenalan rosak dengan panggilan telefon sahaja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul bayar edah RM15 ribu, nafkah anak RM6 ribu sebulan, insuran RM3.5 ribu dan percutian RM5 ribu setahun



Sophia Albarakbah bikin hal lagi?

Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]



Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker