Pembahagian kerusi PH, BN untuk PRN selesai malam ini – Pakar Formula
Rundingan akhir berkaitan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan berlangsung di Kuala Lumpur malam Khamis.
Menurut Pakar Formula Kerajaan Madani yang juga Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, rundingan itu akan dipengerusikan beliau sendiri bagi pihak PH manakala BN akan diketuai Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Menurut Rafizi rundingan berkenaan akan menumpukan kepada kesepakatan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan bagi menetapkan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan.
“Kita (PKR) sudah ada semua calon kerusi dan memandangkan ini adalah pertama kali kita masuk PRN bersama parti lain dalam Kerajaan Perpaduan, kita akan muktamadkan kerusi itu melalui rundingan dahulu.
Hasil rundingan malam ini akan dibawa ke peringkat pengerusi PH dan BN sebelum dimuktamadkan,” katanya dalam sidang media selepas sesi Libat Urus Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) 2021-2025 bersama Menteri Ekonomi di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, selepas rundingan, tiga nama bakal calon akan disenarai pendek untuk setiap kerusi seterusnya akan dibincangkan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rafizi berkata, PKR membuka peluang kepada semua yang berminat menjadi calon pada PRN kali ini, namun mereka perlu melalui tapisan yang ketat.
“Bagi parti lain, ia bergantung kepada kriteria masing-masing namun PKR, kita buka kepada yang beminat daripada peringkat cabang dan sayap,” katanya. – Bernama
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah
- Naratif Pas kononnya Islam terancam punca suhu politik panas – Khairuddin
- PERODUA Axia E harga ‘rahmah’ RM22,000
- Mahathir dakwa DAP pengaruh besar dalam kerajaan
- Peguam dakwa Kerajaan Malaysia mahu Najib bankrap
- Terduduk terkejut apabila dapat tahu anak ditangkap – Noralbaniah
- Kegiatan judi dalam talian haram dinaungi orang politik
- Anwar dakwa anak beranak Mahathir dapat kontrak RM214.2 juta
- Ini sebab DAP hanya dapat 4 jawatan dalam kabinet
- “Dulu takut melepaskan dan benci perpisahan, kini tahu bahawa melepaskan itu indah” – Puteri Sarah
- Isteri tetak suami kerana bergaduh pasal duit
- Anwar akhirnya jawab Mahathir
- Jaringan Safawi bertaraf Puskas
- Pemerkasaan Jakim hanya wayang – Ahli G25
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sophia Albarakbah bikin hal lagi?
Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.