Mayat dengan 10 tikaman ditemukan di Batu Kawan

BATU KAWAN – Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan berlumuran darah dengan 10 kesan tikaman di seluruh badan disyaki dibunuh di Taman Central Island ASPEN, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, pihaknya menerima panggilan telefon berhubung penemuan mayat itu pada 9.20 pagi sebelum sepasukan polis terus ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat seorang lelaki yang tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan berdarah dan pegawai perubatan yang ke lokasi kejadian mengesahkan lelaki yang tiada dokumen pengenalan diri itu telah meninggal dunia.



“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai warga asing dan terdapat 10 kesan tikaman di seluruh badan lelaki itu, ketika ditemukan dia memakai pakaian lengkap iaitu t-shirt berwarna merah serta berseluar jeans,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan identiti mangsa dan kenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian pembunuhan itu.

Kok Chin berkata, polis juga mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan kejadian bagi mengesan mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.



“Pihak polis meminta kerjasama saksi yang melihat kejadian itu atau orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di talian 04-5858222,” katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Gaun dipakai ‘penyondol’ cantik laku keras

Johan dah terpesong? – Amin Idris tampil jelaskan



Fatin Afeefa & Opai padam gambar di IG lepas isu sindir kereta sebagai najis

Nenek Kelantan kahwini lelaki berusia 28 tahun lepas kenal di TikTok



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker