JKR tidak perlu dibebankan dengan projek infra kecil – Anwar
Anwar Ibrahim berkata projek seperti sekolah daif, klinik daif, baiki tandas tidak perlu lagi membebankan JKR yang mempunyai tanggungjawab terlalu besar.
JKR tidak perlu dibebankan dengan projek infra kecil – Anwar
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata projek-projek infrastruktur kecil seperti membaiki sekolah daif yang kini di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan dipindahkan ke jabatan lain atau pejabat daerah.
“Saya telah bincang dengan Alexander Nanta Linggi, menteri kerja raya, projek-projek seperti sekolah daif, klinik daif, baiki tandas tidak perlu lagi membebankan JKR yang mempunyai tanggungjawab terlalu besar.
“Pindahkan tugas itu ke jabatan atau ke pejabat daerah,” katanya berucap pada majlis perjumpaan perdana menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri.
Pada masa ini, JKR berperanan melaksanakan projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur kepada pelbagai kementerian, jabatan, badan berkanun dan kerajaan negeri seperti jalan, bangunan, lapangan terbang, pelabuhan dan jeti.
Jabatan itu juga bertanggungjawab dalam menyelia projek-projek infrastruktur kecil dan pembangunan awam seperti membersihkan longkang, menurap jalan dan membaiki projek-projek kerajaan persekutuan.
Anwar yang juga menteri kewangan berkata, meskipun projek infrastruktur besar seperti lebuh raya dan tebatan banjir itu penting tetapi bagi rakyat, isu seperti tandas sekolah, parit tepi rumah atau pagar masjid juga penting.
“(Ini) termasuk penyaluran bantuan seperti STR (Sumbangan Tunai Rahmah), E-Kasih dan lain-lain, sebab itu saya bagi arahan supaya disegerakan,” katanya, sambil menambah beliau bercadang bertemu dengan pegawai-pegawai daerah pada minggu depan berhubung pelaksanaan projek infrastruktur kecil.
Anwar pada masa sama mahu semua projek rakyat yang sudah diputuskan dan diumumkan, dilaksanakan segera.
Beliau berkata, perkara itu telah disampaikannya kepada Jemaah Menteri selain perbincangannya di Kementerian Kewangan serta bersama ketua setiausaha negara.
Beliau juga mahu semua ketua jabatan melihat kemajuan pelaksanaan projek-projek yang telah diumumkan kerajaan.
“Saya menggesa minggu ini semua jabatan lihat apa yang diluluskan, apa yang mula dilaksanakan, apa yang belum dilaksanakan, apakah kerana peruntukan tidak sampai, apakah ditugaskan kementerian-kementerian lain,” katanya. FMT
JKR tidak perlu dibebankan dengan projek infra kecil – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Asal Umno tak menang – Annuar Musa
- Umno hancur jika terima kembali ‘gunting dalam lipatan’ – Ku Li
- Janna Nick Jemput Ustaz Wadi, Netizen Segan Dengan Baju Tak Cukup Kain
- Sijil halal Jakim, 72 peratus milik syarikat bukan Islam
- Perjuangan Melayu Mahathir ‘melencong’ ikut kesesuaian – Ku Li
- DAP akan bantu UMNO habis-habisan – Kor Ming
- Kes pergaduhan di Maran, 9 lelaki akhirnya diberkas polis
- Anwar mahu Pulau Pinang diperintah pemimpin cerdik
- Geng kereta BMW ‘bangang’ akhirnya kena saman, halang laluan Jambatan Kedua
- Presiden MCA lepas jawatan MCA Bahagian setelah 30 tahun
- Nombor plat FF 1 bernilai RM1.2 juta sah milik Sultan Johor
- Gaji Messi Amerika jauh ketinggalan dengan Ronaldo di Arab Saudi
- PAS ambil 37 kerusi, Bersatu hanya 8 kerusi di Kelantan
- “Menyanyi tak ke mana, tapi boleh hidup mewah”, Peminat ‘bahasakan’ Ariff Bahran
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami