40 peratus subsidi kerajaan dinikmati golongan kaya – Anwar

40 peratus subsidi kerajaan dinikmati golongan kaya – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekurang-kurangnya 40 peratus daripada peruntukan subsidi kerajaan sampai kepada golongan kaya.

Perdana Menteri menegaskan, perkara itu tidak munasabah untuk diteruskan sebagaimana subsidi tarif elektrik dan kos pelaksanaan haji.

Justeru, kata beliau, langkah penjimatan melalui tindakan merasionalisasi subsidi perlu dilaksanakan iaitu sebahagian daripada kerangka Naratif Ekonomi Madani yang akan dilancarkan kerajaan pada Ogos ini sebagai memberi satu panduan jelas bagi hala tuju dan tindakan pelaksanaan kementerian jabatan berkaitan.

Bagaimanapun, katanya, dalam sebarang langkah menetapkan mekanisme subsidi bersasar itu, kerajaan tidak sekali-kali berganjak dengan pendirian untuk mengurangkan subsidi bagi rakyat bawahan.

“(Mekanisme rasionalisasi subsidi) mungkin kita akan buat mengikut keadaan seperti kita sudah lakukan untuk tarif eletrik dan Tabung Haji kerana penjimatan itu perlu.

“Dalam kajian dibentangkan oleh Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan dalam mesyuarat tadi, sekurang-kurangnya 40 peratus subsidi sampai kepada golongan kaya, jadi saya tidak faham kenapa sesetengah orang masih nak pertahankan.

“Subsidi Tabung Haji dan elektrik selama ini dimanfaatkan golongan kaya tidak munasabah diteruskan, jadi prinsip ini akan tetap diguna pakai dalam perbincangan soal pengurangan subsidi diesel dan lain-lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyaurat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di bagunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, mesyuarat MTEN kali ini membentangkan mengenai langkah lebih bermakna dari segi penstrukturan semula ekonomi dan Naratif Ekonomi Madani.

Katanya, Bank Negara Malaysia (BNM) turut membentangkan berhubung kedudukan ekonomi sekarang, kekuatan dan kelemahannya serta beberapa langkah baharu diambil untuk memastikan ekonomi negara di tahap lebih kukuh dan pelaksanaan dasar berkesan.

“Perbincangan lain juga menekankan keadaan ekonomi semasa dunia yang tidak begitu memberansangkan, maknanya langkah domestik tegas diambil bagi mengimbangi kelemahan ekonomi global.

“Soal reformasi ekonomi yang akan diputuskan dalam mesyuarat-mesyuarat akan datang untuk memastikan kewujudan ekonomi bernilai tinggi yang mapan seperti menambah baik liputan keselamatan sosial melalui pendekatan pengupayaan rakyat dan reformasi pasaran kerja,” katanya.

Jelas Anwar, tindakan itu selari dengan penubuhan pangkalan data utama (PADU) mencakupi semua bidang yang sebelum ini pengumpulan data berbeza antara jabatan dan kementerian berlainan.

“Penarikan subsidi elektrik hanya melibatkan syarikat besar dan hanya rumah-rumah kelompok kaya di peringkat teratas, ia tidak langsung membebankan rakyat. (Langkah ini) berbeda dengan cadangan kerajaan terdahulu yang mahu menaikkan kadar elektrik bagi semua rakyat,” katanya.

Pada masa sama, Anwar turut menjelaskan soal hala tuju peralihan tenaga akan diteliti dan dibentangkan sebelum pengenalan satu program dan dasar peralihan tenaga yang menjadi satu keutamaan sekarang, iaitu memindah teknologi yang mempunyai kesan sampingan dari sudut persekitaran.

Katanya, beberapa dasar segera yang terpaksa dilaksanakan akan diteruskan sementara pelancaran Naratif Ekonomi Madani itu iaitu satu kerangka besar yang disusuli tiang dan ekonomi yang akan dijelaskan secara berperingkat. Utusan

40 peratus subsidi kerajaan dinikmati golongan kaya – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perempuan Itu ‘panas’

‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami

Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib

Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker