Semua Perdana Menteri adalah hasil dari kilang UMNO

Parti UMNO masih relevan dan boleh bangkit pada masa depan kerana banyak pemimpin dalam negara ini adalah hasil didikan parti itu.

Wakil Puteri, Nooryana Najwa Najib, berkata kebanyakan Perdana Menteri di negara ini lahir daripada ‘kilang UMNO’ dan disebabkan itu nasib parti berkenaan harus diperjuangkan.

“Jangan biarkan UMNO ini dipijak, diperlekehkan atau dipergunakan oleh mana-mana pihak sama ada kawan atau lawan. Siapa kata UMNO tidak boleh bangkit sekali lagi.



“Sedangkan semua perdana menteri di negara ini lahir daripada kilang UMNO, tidak kiralah dari (parti lambang) keris ke, bunga atau mata, semuanya datang daripada DNA UMNO.

“Semuanya dilatih dan dibentuk dalam dewan ini. Sepanjang penubuhan UMNO, parti keramat ini sudah dibina atas pengorbanan semua pihak.

“Bermula dari sekecil-kecil ahli biasa akar umbi seperti kami sehinggalah setinggi-tinggi Presiden UMNO sendiri. Ada yang sudah pergi meninggalkan kita, ada yang masih bersama kita dan ada juga yang terpenjara kerana perjuangan ini. Jadi hargailah identiti, hargailah legasi, hargailah akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung parti itu, hari ini.



Dalam pada itu, Nooryana yang juga anak kepada bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak turut berkongsi mengenai keadaan bapanya di penjara.

EXCO Puteri itu berkata, ketika menghadiri persidangan itu ramai yang bertemu dengannya dan ingin mengetahui situasi bapanya yang terkini.

“Saya tahu ramai yang rindu, semalam ramai yang bertemu saya, ada yang tunjuk kain samping yang ayahanda belikan, ada yang mengingati pengalaman berkempen bersama Bossku, ada yang berterima kasih kerana Bossku pernah bantu anaknya mendapatkan pekerjaan.

“Kepada mereka yang rindu, Datuk Najib kirim salam kepada semua. Percayalah, tak pernah sedikit pun ‘daddy’ lupakan UMNO, sahabat-sahabatnya dan khususnya makcik-makcik Wanita di dalam dan di luar dewan sana.



“Bila kita jumpa Daddy, bukannya dia tanya sangat pasal keluarga, tetapi akan tanya kepada saya bagaimana keadaan Puteri UMNO, manakala bila bertemu dengan abang saya dia akan bertanyakan sama ada sudah menempah bas untuk orang menghadiri PAU serta bagaimana keadaan pengundi di Pekan.

“Kita ni risau pasal dia. Cukup makan ke? Cukup ubat ke? Cukup tidur ke? Tapi sebenarnya dia lagi risau pasal orang tak ada bas nak datang PAU. Itulah Datuk Najib, tak berubah. Dalam fikiran dia hanya UMNO dan rakyat,” katanya.

Malah, Nooryana berkata bapanya juga meluahkan kebimbangan untuk menghadapi pilihan raya di enam negeri nanti.

“Dan dia sangat mengharapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini UMNO mampu bangkit seperti mana UMNO bangkit pada PRN Melaka dan Johor yang lalu,” katanya.



Bagaimanapun, keadaan yang ceria di dalam dewan berkenaan tiba-tiba bertukar menjadi sayu apabila Nooryana membacakan doa kepada bapanya dan berharap bekas perdana menteri itu segera ke pangkuan keluarga dan parti.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel



Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker